Dah bersedia ke..??

Bismillah...(ikhlaskan)
Salamullahi'alayk...


     "Enti, k.tirah nak kahwin dah tau tahun depan..:-)" nada serius dlm tawa

  " Eceh, eleh..tipu laa.." shbt sy menjwab

         "Eh..betul..tak tipu..tnggu kad ya.." sy terus menguji..hee..:-)

" Hmm...ok, kalau betul la nak k.tirah nak kawin kan, k.tirah dah bersedia?
      Apa persediaan k.tirah untuk perkahwinan tu? Apa persediaan k.tirah untuk membina baitul muslim tu?
           Apa persediaan k.tirah untuk menjadi seorang isteri? " shbt sy bertanya..


    "Erk..!" sy terkedu seketika..


Astaghfirullah...
   baru sy sedar..
     baru diri ini menyedari tentang hakikat yg sebenarnya..
 apa persediaan sy sebenarnya untuk melangkah ke arah itu..??
        ada persediaan ke sy ni??
   sesiapa pun mampu berbicara...
     lidah  tak bertulang...
      subhanAllah... jazakillah..


terkadang bermain difikiran..
    diusia sy yg ke berapa sy bakal menempuh alam itu..??
 terdetik dihati..
   anggarannya tidak lebih juga tidak kurang dlm masa lima tahun lagi...
LIMA TAHUN..??
      mampukah sy bersedia dlm masa lima tahun tu..??
cukup ke dlm masa lima tahun tu..??
  bukan satu masa yg cukup lama..
         sekejap saja..
 lima tahun pasti berlalu..
   kehidupan sebagai seorang pelajar, juga seorang da'ie...
        banyak perkara yg sy belajar juga bakal sy tempuh..
  terlalu banyak komitmen yg perlu sy utamakan..
             utamakan apa yg perlu diutamakan...
   sempatkah sy mentarbiyah diri untuk menempuh ke alam itu?
      mampukah sy??
SubhanAllah...


   Muhasabah balik diri kamu ya..
         wahai pemilik nama Firashatul Jannah..
      Baitul muslim yg dibina bukan suatu 
                        mainan yg ada menang kalahnya..
 bila kelak diri sudah letih, diri berundur dgn senang hatinya..
            bergegar arasy Tuhan..na'uzdubillah
  Ianya satu amanah..amanah yg punya percaturannya..
     percaturannya yg kelak ditimbang oleh DIA..PEMILIK CINTA..
   penentu bt kamu...
        Bersedialah kamu..!




Salam Indah,
   Firashatul Jannah




p/s: terus merindui..
         
          
        

2 comments:

Wafiuddin said...

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Wardatul Syauqah said...

cantik wanita kerana kejernihan wajah,
manis wanita kerana senyum,
ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
hebat wanita kerana kesabaran,
mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan illahi..

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...