Nawaitu ber'blogging'

Permulaan Basmalah penuh barakah...

Sebut tentang nawaitu, teringat lagu Rabbani yg bertajuk Nawaitu jg..=)

Antara Niat Dan Manis Bicara
Satukan Di Dalam Satu Denyutan
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
Kembali Bersemi Insani

Lafazlah Setulus Hati Nurani
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
Nawaitu Tuntutan Batin Suci

Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
Renungi Asal Kejadian Dirimu
Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah
Tebarkanlah Serata Jiwa

Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
Lafazkanlah Sejujur Hati

Ketulusan Insan sejati
Mencerminkan Budi Pekerti
Kesungguhan Menyingkap Makhfi
Kebenaran Diri Yang Suci

Hanya Jiwa Yang Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari
Keredhaan DariMu Tuhan..

lirik lagu yg sarat dengan makna, hanya yg termampu bisa merungkaikan rahsia di setiap bait kata..=)

ok kawan2... berbalik kepada tajuk di atas..

Ketika ini semangat juang berblog semakin pudar, kenapa agaknya?
Dulu sebelum ada, menjadi-jadi nak berblog...ahh.. manusia selalu begitu, apa yg nak dihairankan...
Sekarang, setelah berpenat lelah berusaha mewujudkan, tiba-tiba diri sendiri yg berasa bosan, bosan diatas usaha sendiri... Alangkah ruginya kan... Sepatutnya usaha itu perlu di raih supaya rohnya sentiasa brsemangat...=) 


Baiklah

Kenapa ada blog? 
Kenapa buat blog?
Perlu ke ada blog?

Soalan2 yg agak acapkali menerjah hati dan minda... Kwan2 tak rasa mcm tu?
Kadang-kadang, bila tak terjawab, nah... soalan memang menembak tepat kembali kpd kita dgn tiada ukuran jarak, berpelurukan kelu, mensasarkan buntu...bahaya !!

Kenapa sy ada blog ye? Nawaitu sy berblog?

Tidak dinafikan, kalau diikutkan harga saham blog mengikut pasaran sekarang memang sgt tinggi, bahkan melambung-lambung pd tahap yg maksimanya sy sendiri tidak mampu mencaturkan. Rata-rata, semunya memiliki blog sendiri, itu pada zahirnya yg dilihat, mereka yg tidak terlihat oleh mata, mungkin tidak terbilang dek jari yg ada..hoho..semestinya..tapi, kalkulator mungkin mampu..=) Setiap mereka yg mempunyai blog, masing-masing punya citarasa sendiri untuk di muat naik, baik dari segi kehidupan seharian, jenis masakan bahkan ada yg berjual beli secara maya di blog masing-masing.. hebatkan manusia ciptaan Tuhan..
Itu mereka.. dan mereka akan tetap kekal mereka dan tak akan pernah jadi sy dan begitulah sebaliknya..
Katakan apa sahaja kpd sy, pemilik blog ini dan bicarakan apa sahaja tentang blog yg telah terwujud ini, sy menerima dgn apa jua nada yg ada..=) Terwujudnya blog ini hanya untuk tatapan sendiri, untuk dibaca berulang kali bt rujukan sendiri, biar menjadi sejarah untuk tatapan generasi sy yg bakal melihat dunia kelak...=) Tidak kira apa jua sudut, kehidupan seharian, keluarga, bicara ilmu, shbt2, segala apa sahaja akan dimuat naik ke dalam blog ini, tiada niat untuk di nilai oleh sesiapa, hanya bingkisan rasa hati yg ingin bersuara...=) Tidak pernah diperkenalkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yg pernah terlanjur berkata-kata =) Kepada yg terlalu, tersinggah, terjumpa itu di luar kuasa sy, kalian lebih bijak memerhati...
Lebih kepada untuk tatapan diri sendiri, justeru itu sy lebih memilih untuk menjadi silent reader daripada menjadi follower...=) Oleh itu, apa yg terbaik dari blog ini, ambillah...=) mudah-mudahan menjadi penyambung amalan sy di alam sana...

Perlu ke ada blog?

Perlu atau tidak, terserah, sy tidak punya klinik motivasi yg ada template serta panduan untuk menasihati kalian untuk berblog atau tidak.. Semuanya terserah, yg pasti USAHA perlu istiqamah...=) Dari satu entri ke satu entri, memang memerlukan USAHA yg sgt kental..=) Bagi sy begitu, tidak pasti bagi org lain...=)

Sy tidak pandai 'menulis'

Sebelum semangat itu hilang dari pandangan mata, hilang dari getaran rasa hati, hilang dihembus angin yg lalu, hilang di hanyut air di kali, hilang di serap teriknya mentari dan sebagainya... sy harus berbuat sesuatu =)
Kembali kepada bisik hati kamu yg dulu...=)

Hanya Jiwa Yang Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari
Keredhaan DariMu Tuhan


Berlebih-lebihlah dalam beramal (pesanan yg sgt dasyat bt diri sendiri)


Wallahua'llam

Firashatul Jannah


p/s: jgn jadi seorang yg tidak cerdik Athirah !!! 



No comments:

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...