Dunia PAKK

Bismillahirrahmanirrahim...(pilihlah aku untuk ikhlas)

Sabtu , 1 Oct 2011
11:11 am
Sudut meja belajar seorang siswi.

Alhamdulillah...

Dulu sy selalu tertanya-tanya, kenapa mak sgt teruja menceburi bidang PAKK. Sampai apa sahaja tentang PAKK mak mesti takkan lepaskan peluang, baik dari sudut apa sahaja. Bila nak buat pilihan untuk UPU dulu, salah satu pilihan mak untuk sy adalah program PAKK. Dulu, bila tanya tentang penerimaan sy sebelum mengenali dunia PAKK, agak terhad malah sgt terhad, tapi tidak bermakna hati tertutup terus untuk ber'taaruf dengan dunia PAKK. Tak kenal maka ta'aruf =)

Bila berada dalam ruang lingkup PAKK, sy sedar kenapa mak sgt sayang dgn dunia PAKK. Sy sendiri jadi semakin cinta dgn dunia PAKK. Kita tak pernah tahu selagi kita tak pernah merasa. Bila berada dalam dunia PAKK, seolah-olah sy berada di alam fantasi untuk seketika. Betul, tak tipu... Cop2!! PAKK tu apa?

PAKK = Pendidikan Awal Kanak-Kanak =)

Unik. Mengkaji ahli syurga anugerah Tuhan. =)
Dari dalam kandungan ibu, seawal kelahiran hingga dia membesar menjadi penerus jasa.
Melihat perkembangan serta tumbesarannya dari semua aspek. Fizikal, emosi, sosial, sensory, language dan banyak lagi.
Sangat menarik.

Sy jadi sedar kenapa dunia PAKK sgt berharga bagi mak.

Kata mak :

"Anak-anak sgt berharga.
Perkembangan masa kecil mereka hanya sekali dalam seumur hidup.
Bila dia dah besar, dah tak merasa dah nak tgk.
Yg terbaik kita terapkan, yg terindah mereka hasilkan."

Mak kata :

" Seronok belajar tentang kanak-kanak, tgk dia mula berckp, dia mula bermain, mula kenal mummy, their 1st word, motor skills dia berkembang, deria dia, respon dia pada kita bila kita berckp dgn dia, dia belajar makan, mcm2 lah... semuanya proses perkembangan dan pembelajaran untuk dia.."

Kadang-kadang bila kita berckp dgn baby, ada respons dari dia kan? Dia senyum sambil gerak2kan tangan dan kaki dia yg comel tu. Kadang-kadang mulut dia pun sama naik nak ikut kita ckp. Perasan kan? Itula perkembangan emosi dan sosial dia...=)



Hohoho =) Nak cerita banyak lagi.

Cukuplah sekadar itu buat masa ini.


Firashatul Jannah

nota kaki : sy semakin tidak sabar untuk punya baby sendiri =)
nota kaki lagi : tapi.. kata k.su, belajar la dulu bagi habis, enjoy dulu zaman bujang ni betul2 =)
nota tangan : sy no komen =)

No comments:

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...