Aku Menulis



Bismillahirrahmanirrahim, (pilihlah aku untuk ikhlas)

I Love Allah, I Adore Rasulullah

Alhamdulillah =)

Selalu fikir, kenapa aku tidak boleh konsisten menulis disini? Sibuk sangat ke? Ke memang tidak punya idea untuk menulis apa? =) Ah.. selalu saja alasannya begitu, tidak pernah mencari cara bagaimana untuk berkata tidak kepada alasan-alasan seperti itu. Kata mama, 'Kakak, hidup ni x boleh selalu bagi alasan, kalau kita hidup untuk sekadar bagi alasan selalu, kita tak akan pernah berjaya dalam hidup'

Nah! Petir serta kilat sabung-menyabung

Ah.. aku rindu Rasulullah, sungguh rindu

Kalau Rasulullah selalu melihat aku memberi alasan dalam menyampaikan sesuatu kepada org lain hatta sekelumit , baginda pasti sedih dan kecewa. Kerana baginda tidak pernah memberi alasan kepada Tuhan lah aku di lahirkan sebagai umatnya yang mengucap 2 kalimah syahadah, Allahurabbi!

Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan bin Abdullah r.a, katanya : ” Aku pernah bertanya Rasulullah SAW : “ Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. Sabda Rasulullah SAW : ‘ Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.’- Imam Nawawi

Aku rindu orang-orang yg aku cinta kerana Allah

Kalau mereka lihat aku sering memberi alasan, pasti mereka juga tidak senang melihatnya, justeru aku juga sudah mengecewakan mereka. Kalau aku katakan aku mencintai mereka seharusnya aku tidak menyakiti mereka.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : “ Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.” - Imam Nawawi

Ah.. aku rindu dia kerana Allah

Selalu saja ingatkan aku untuk terus kuat dalam hari-hari mendatang, mendengar setia keluh kesah aku tanpa jemu, terkadang tertawa terkadang menangis, rela saja dia mendengar. Aku kira dia manusia pendengar yg setia. Tidak pernah memberi alasan untuk tidak terus kuat, tidak pernah memberi alasan untuk terus bersama menasihati aku. Walau dia terkadang berasa lemah, tapi tetap terus kuat agar aku tidak turut merasa kelemahan itu. Aku kira aku beruntung punya sahabat seperti dia. Tuhan, aku cinta dia kerana-Mu, aku mohon Kau cintai sahabatku ini lebih daripada aku mencintainya dan aku tahu Kau selalu mencintai dia dan menjaga dia, iya kan? =)


Jam 2 pagi

Tuhan, aku mohon dikurniakan lagi masa untuk menulis disini.




Firashatul Jannah


No comments:

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...