Showing posts with label KeLuArGaKu InSpIrAsIkU. Show all posts
Showing posts with label KeLuArGaKu InSpIrAsIkU. Show all posts

Cerita Raya Kami (2)


ish...besar sgt tudung kakak ni...menghalang pemandangan sy..=)






Tudung ala apa tu adik mimi?





geng nasyid mana nie...=)


Cerita Raya Kami (1)

Bismillahirrahmanirrahim

x poso pok dio...huu







mereka hijau... 





budak comeyl baju biru tuuuu...gerammmmm...


Firashatul Jannah


Eid Mubarak !!

Bismillahirrahmanirrahaim

Kullu 'Am Wa Antum Bilkhoir

Mak sakit mata, tu yg duk pakai spek tu...


Wallahua'llam


Firashatul Jannah


Emak mana ??


Bismillahirrahmanirrahim...(pilihlah aku untuk ikhlas)




Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?










Seeking For Allah Forgiveness



Firashatul Jannah


nota kaki : syg mama =)



Coming up...

Bismillah..


p/s : mum's birthday coming up, you know what you should do kakak...!!


Salam Indah,
   FJ

Puteriku Yg Solehah..

Bismillahirrahmanirrahim 

Puteriku yg solehah...
Dunia hari ini mengalami pelbagai perubahan..
  Maka kehidupan tiap Muslim itu harus seiring dgn perubahan 
   dunia yg semakin rancak dgn mehnah dan tribulasi...
Insan mengejar kekayaan..
   Ilmu terkadang di 'anak tiri'kan..
Tapi..
  Sejauh mana kekayaan mampu bertahan tanpa ilmu puteriku???
           Bonda sayang kamu...

Puteriku yg solehah...
   Kira kita punya harta segunung sekalipun..
Ilmu juga harta yg paling berharga untuk dimiliki..
 Bonda tak punya harta yg menggunung untuk kamu puteriku..
Tapi..
Cukuplah sekadar harta yg memadai bonda titipkan..
   Untuk mu puteriku bt bekalan menimba ilmu..
      Bonda sayang kamu..

Puteriku yg solehah...
   Kamu sedang diuji oleh DIA...
Bonda tahu diusia remaja mu ini, kamu sering kali diuji...
  Bonda mengerti naluri remaja mu puteriku...
Tapi kamu harus ingat...
   MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA...
       Bonda sayang kamu..

Puteriku yg solehah...
  Kemarahan bonda kelmarin ada sebabnya..
Puteriku..
  Tiada bonda yg ingin menghancurkan kehidupan puterinya..
Apatah lagi kamu puteriku..
 Satu-satunya puteri yang bonda miliki...
        Bonda sayang kamu..

Puteriku yg solehah...
  Perjalananmu sbgai mujahidah masih jauh..
Teruskan langkahmu menuntut ilmu, menggapai cita..
 Ingat wahai puteriku..
Apa yg kamu lakukan pd hari ini, akan kamu rasai pd ms akan dtg..
   Yg terbaik kamu lakukan pd hari ini, yg terbaik juga balasannya kelak..
            Bonda sayang kamu..

Puteriku yg solehah...
  Berjuanglah menggapai redha Allah...
Masa tidak menunggu kita...  
 Teguran bonda kelmarin untuk kebaikan kamu...
Bonda tahu...
  Bonda tahu isi hati kamu...
Tapi puteriku..
   Ini bukan masanya untuk memikirkan hal itu...
 Bukan masanya lagi puteriku...
Bonda doakan yg terbaik untuk itu...
   Bonda redha persahabatan itu bila tiba masanya..
       Bonda sayang kamu..
   
Salam sayang bt puteriku yg solehah,
   Bonda
   

Salam sayang penuh mahabbah bt ibunda tercinta,
   Firashatul Jannah

p/s : syukran ya Muhaimin..

Ceritera raya...

Bismillahirrahmanirrahim..(ikhlaskan niat)
Salamullahi'alayk...

       Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran.. 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..
   Seperti yg dijanjikan.. cerita raya bakal sy coretkan serba sedikit disini insyaAllah...
hmm... cuti raya dah habis.. tiba masa untuk kembali ke 'medan peperangan' sy semula.. meneruskan perjuangan bersama shbt2...(kuatkanlah hati2 kami ya Rabb)

baik..mm..let's make it short n simple...
   alhamdulillah..it was a good raya actually...  kemeriahan dalam kesederhanaan, kesyukuran serta pengorbanan itu tetap dirasai.. alhamdulillah.. what am I up to is the story of this two little cute monsters in tok's house.. adorable..:-) bila dah lama tak jumpa, sekali jumpa, dah mcm2 dia pandai buat.. mereka sedang belajar mengenali dunia dgn pesatnya..subhanAllah..
two little monsters..:-)
yg sorang tu, wahh.. lagi best..dah pandai nyanyi lagu insyaAllah by Maher Zain.. "InchaAwwah..InchaAwwah.." bunyi nya...hee..:-) everytime tgk sy bukak laptop, mula lah dia.. "kakak..inchaAwwah kakak..inchaAwwah..":-P kenyang dgn lagu tu ja lah.. tak mau makan nasi dah..
wiee adorable monster
yg sorang ni..the wiee one.. dah boleh faham arahan org.. dah boleh angkat tangan bila org sebut nama dia..:-) (sgt sukaa..) dah boleh main lari2 keliling rumah tok tu, dan pandai salam org, dah pandai flying kiss, dah pandai cium pipi org, dah pandai 'sebek' bila org marah dia...hee..:-) sgt best melihat mereka sdg meng'explore' kehidupan..


hmm.. the little bigger one, budak ni..haritu kena tinggal dgn ibu dia, duduk rumah tok...dijaga oleh kakaknya yg garang ini..hee..:-) sgt banyak akal.... org panggil mak, dia pun mak jugak.. org panggil mama, dia pun mama jugak la.. dkt tok org panggil tok,dia pangil kakak.. haisy..:-)(sapa ajar)
sgt celik IT ini monster, nak main game sokmo..haish..:-) kalau lepas mandi tu, berkejaran dulu la dgn dia sebelum boleh pakai baju.. kalau org suruh mandi.." Jap la kakak...,sat2.." mcm2..


hmm..rasanya itu shaja yg dpt sy 'contengkan' bt kali ini... insyaAllah ketemu lagi dgn dua org little monsters ini..dgn lebih banyak lagi skill2 mereka yg menarik..:-) 
 Wallahua'llam..

Salam Indah
   Firashatul Jannah


p/s: Athirah.. duduk baik2 ya..duduk solehah2 ya.. jaga diri..jaga iman..jaga akhlak.. tak mau rindu-rinduan sgt ya... insyaAllah, Tuhan itu maha mendengar... allahumma ameen
p/s: KMPP..!! tunggu..!! sy dtg..!! :-)



Coming up...

Bismillah..(ikhlaskan)
Salamullahi'alayk...

    Alhamdulillah...
       Cerita raya is coming up...hee :-)
With a story of two 'little monsters' in tok's house.. 
                      superactive..:-p very cute :-)

Salam Indah
  Firashatul Jannah

Anak-anak..:-)

Bismillahirrahmanirrahim...(ikhlaskan niat)
Salam'alayk...
    Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran.. 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

   Hmm..lamanya lah yaa blog ni tak diisi... saat ini..jam 11.17 malam, melihat malam yang kian gelap..cik hanisah disebelah melayan KCB 2...;-)  SAYA?? :-).. hmm.. jari-jemari giat menari-nari diatas si putih mengisi serba sedikit di serambi ini.. bt tatapan sahabt2.. insyaAllah..:-)

 Apa kaitannya tajuk 'anak-anak' diatas dgn entri sy ini ya..?? (ada-ada ja mek ni ya..)
Tak.... bukannya apa.. teringin sesekali bbicara mengenai anak2 kecil..seronok kan bila melihat gelagat anak2 kecil, mcm2 ragamnya...hmm..mendidik mereka bukan satu perkara yg mudah.. kesabaran yg tinggi amat diperlukan..(kdg2 sy juga jadi hilang sabar melayan karenah mereka.:-), melayan karenah adik sendiri pun dah cukup dah..;-))..

 
   Haritu.. melihat shbt2 semua sdah tidur keletihan, tinggal la sy terkebil2 sorang diri.. tak boleh tidur..:-) hmm..penangan air nescafe hadiah dr AZ bt sy..katanya tanda perkenalan antara dia dan sy..(terima kasih..:-)) berbalik semula... justeru itu, telinga ini menjengah ke stesyen radio IKIM bt seketika.. hmm.. ada segmen menarik, slot anak-anak kita.. semua pengisian yg dibicarakan sgt menarik perhatian sy.. (padahal esoknya ada paper kimia kertas 2 untuk sy perjuangkan..:-)) 

     Bermula dengan berbicara mengenai bayi yg baru lahir sehingga anak itu membesar... sgt menarikkkk..!!! hmm.. bcakap tntang baby mesti semua org suka kan.. hmm.termasukla yg menulis nie.. sy pernah ckp dgn shbt sy.. hmm..sy suka baby ja.. yg umurnya lebih dr 2 tahun sy dah tak suka dah..:-) mcm ni pun ada.. shbt sy pun gelak, dia kata mana boleh camtu.. esok anak awak, sampai umur dia 2 tahun je la nak jaga dia..lps tu dah tak nak dah...ngee..:-) tak la mcm tu..anak sy anak sy laa... tak lah..:-)



  hmm.. serba sedikit pengetahuan yg sy dpt dr doktor yg kendalikan segmen tu... bermula dari 0 hari bayi tu dilahirkan, dia dah mula belajar.. ibu dgn ayah kena banyak ckp dgn dia.. mmg tak akan ada feedback dr dia..tapi dia faham apa yg kita cuba sampaikan pd dia.. dia akan serap banyak perkara, apa yg dia nampak, yg dia rasa, mcm2 lah.. cerdikkan anugerah TUHAN ini.. hmm..bila dah besar sikit.. dia dah mula pandai bmain dgn anggota badan dia.. main dgn kaki, tangan, mulut, mata, rambut dia.. kdg2 kita nampakkan baby masukkan kaki dlm mulut, masukkan tgn dia dlm mulut.. mula main dgn air liur dia...kalau ikut org tua2 dulu, bila baby tu masukkan kaki dlm mulut tanda nak dpt adik baru..hmm..hihi..:-) anak tu sedang belajar sebenrnya... deria2 dia dah mula kukuh.. jadi semua benda yg ada sekeliling dia, dia nak rasa..biarkan dia bermain,biarkan dia rasa...
   ah..pintar sungguh ciptaan TUHAN..



 kalau ikut pengalaman sy mnjadi PA mama sy bt seketika st masa dulu, bidang kerjaya bonda tercinta sy banyak melibatkan anak2 kecil.. justeru itu, banyak juga kerja2 yg dijalankan melibatkan anak2 kecil.. mmg kalau tgk tu, rasa mcm nak jadi budak2 balik..tapi, sila berfikiran secara realistik syg..:-) kata mama, budak2 ni kena banyak bagi dia main.. bagi dia explore.. jgn sekat dia.. biarkan dia main, sambil dia bermain, dia sedang belajar sebenarnya.. kalau boleh belikan mainan banyak2 untuk dia.. mainan yg bwarna-warni.. warna2 ini boleh merangsang perkembangan otak dia, jadi dia akn cepat belajar..:-) 



     Hmm..lagi satu.. tadi sy ada ckp kan..ibu dgn ayah kena banyak ckp dgn baby tu kan..
yes..mmg benar...tapi bila berckp dgn dia..gunakan bahasa2 yg paling indah.. sebenarnya hal ni boleh dipraktikkan ms baby tu dlm rahim ibu lagi kan.. dengarkn alunan2 zikir, bacaan2 al-Furqan, ckp dgn dia benda yg elok2 shja.. sebab apa yg kita bt, apa yg kita ckp pd dia..dia akan absorb benda tu, dan akan simpan dlm memori dia.. nanti, tiba satu masa dia akan praktikan semula apa yg dia absorb dlm memori.. penting sebenrnya berckp menggunakan bhs2 indh dgn anak2..supaya nanti first word dia pasti hanya perkataan yg indah2 ja kan.. kalau si ibu mesti nak first word anak dia ummi,ibu, mama dn sebagainya..:-)
  hmm...banyak sebenarnya kalau nak dikupas satu persatu tentang alam bayi ni.. bila baby tu dh mencecah umurnya 1 tahun... kalau umur 1 hingga 5 ni dikira kanak2 atau dlm bhs Melayunya toddler..:-) dlm jangka masa umur ini, lagi banyak benda yg dia nak tahu.. betul kan.. hmm..selagi tak jawab apa yg dia tanya selagi tu dia akan bertanya.. apa tu.. apa tu..apa tu.. comeyl sungguh... dlm masa umur inilah yg dia akan mula praktikkan apa yg tersimpan dlm memori dia.. waktu umur nilah.. tudung mak hilang, kasut tumit tinggi mak patah..gincu mak patah..mcm2 lah..tu kalau yg perempuan, kalau yg lelaki..ada karenah mereka masing2.. dia dah mula dgn 'imaginary play' dia..



   Masa umur2 mcm nilah dia nak cuba mcm2.. bagi ja dia cuba.. as long as dia masih dbawah pengawasan kita, more than enough.. sy ingat lagi kata Dr.Hasan Ali.. kalau anak cuba bubuh nasi dlm pinggan..tiba2 nasi tu tumpah..biarkan..jgn marah dia..dia tgh belajar... sy ingat lagi pengalaman sy waktu kecik2 dulu, kononnya nak tolong mak dkt dkt dapur.. tolong mak basuh telur lepas tu letak dlm peti ais.. sy pun cuba... sy tahu mak sy tgh tgk... sy pun bt dgn konfidennya... cuba nak bwk telur banyak2 sekaligus dr sink ke peti ais.. dr sink ke peti ais, satu2 telur tu jatuh..:-p:-)hihi.. mama senyum... 
    Dan bila umur anak2 meningkat, 5 tahun dan keatas.. mereka sudah mula mengenal 'role play'... tu lah yg boleh main masak2..kawin2.. mcm2 lah..:-) sy dulu selalu main masak2.. daun dijadikan duit..mcm2 imaginasi masa tu.. antum semua pun pernah alami kan benda nie..:-) seronok...


    hmm.. seronok kan bila bercakap tntang anak2.. bila la sy nak ada nak sendiri ya..:-) berangan lebih mak cik nie..belajar pun tak habis lagi... kala ini teringat lagu UNIC tntang anak2..
   Anak-anak adalah permata ayah bonda
  Penghibur duka lara, menyejukkan mata
  Ibarat kain putih yg suci dan bersih
  Terpulang bagaimana untuk mencoraknya..

  hargailah anak2 ya..sayangi mereka.. jgn buang mereka.. sekalipun mereka tidak punya bapa yg sah..mereka tetap hamba Allah yg punya hak diatas muka bumi ini..





" Sayangi anak-anak kerana mereka adalah masa silam kita,
hormati org tua kerana mereka adalah masa depan kita"



Salam Indah ,
  Firashatul Jannah

p/s: rabbanahablana minazwajina wa zurriyyatina qurataa'yyunwa ja'alnalilmuttaqina imama, ameeennn

Mummy and her daughter..

~ "kakak..exam bila? berapa lama lagi?? " mama bertanya..
     
        ~ "mm.. 18/10..lagi dua minggu lagi.." sy menjawab

~ " hmm..tak lama dah tu, tu ja peluang yg kakak ada, bt sungguh2.."
         mama membalas, ada nada ketegasan disitu..

       ~ " kakak akan bt yg terbaik, tapi..mama jgn terlalu mengharap,
                   jgn letak harapan yg terlalu tinggi dkt kakak..."
                         sy menyedpkan hati mama..
  
  Mama berbicara lagi...

~ " Nada mama mcm marah ja dkt kakak?" sy cuba brtanya

    ~ "Mama tak marah... mama tahulah kakak,
                  mama tahulah anak mama,
           dgn kakak mama kena tegas, baru kakak ikut.." kata mama
                                                                                           
setelah beberapa minit di tazkirah oleh mama..talian diputuskan..tuuttt...

  sy mengelamun seketika... tiba2 msg mama masuk..

         ~ "mama ckp serius untuk masa depan kakak"..

~ " Baik, kakak akan bt yg habis baik, kakak akan usaha semampu kakak.." sy reply

      ~ " Baru anak mak bee..;-)" mama membalas.. :-)
                   Hati sy berbunga seketika..Thank you mummy, j'adore ma mere..:-)


I miss you badly

Miss abah badly

p/s: harapan mereka menggunung tinggi melihat kejayaan anak2..
        jgn sia-siakan ya shbt2..:-)

Kesucian Ramadhan , Keindahan Syawal

Bismillahirrahmanirrahim...(ikhlaskan niat)
Salam'alayk...

    Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran.
  Kata org, a picture worth a thousand word.. betul? Keindahan Syawal tahun ini, hayati..
 
Awalnya..
Tok yg sgt expert
Sy bt nie..ada siapa2 percaya?;-)
We're in purple this year..:-)
Luqman yg sgt gedik..:-p
Power rangers kaler purple..;-)



Gambar dekat atas nie.. geramnya sy dgn Luqman Hadi b. Mohd Zuki ni, suka bt muka mcm tu, elok sgt la tu.. mama pun geram dkt dia..;-p mama kata, "ow..mama ada anak mata juling rupanya..;-p" tak pa mummy, asal gambar mama cantik cukup...:-)

Idea sapa yg kreatif sgt nie..

Mereka ini sgt pandai berposing, hmm..banyk lagi sebenrnya gmbar mereka2 ini berposing, tapi yg ini ja yg sy mampu letak dlm blog, yg lain maaf, sgt bahaya untk ditonton....;-p
(apakah..??) ;-):-) Mereka2 ini sgt lama sy x ketemu, ye lah..., msing2 semuanya punya urusan tersendiri, semuanya punya cita2 tersendiri untk dikejar, bertebaran di serata Malaysia ini, demi menggapai matlamat dunia... Ingat waktu dulu2, tatkala kecil, sy membesar dikalangan mereka2 ini, besarnya sy dihadapan mata mereka, dan besarnya mereka dihdapan mata sy, bermain bersama, berkejaran bersama, makan bersama, mandi bersama, pakai baju bersama, berbedak bersama... indahnya saat itu untuk di kenang..:-)

Mummy..??

Time nie, kalut2 nak tangkap gambar sebab dah nak balik KMPP, raya keempat dh balik KMPP, time nie, mood raya pun tak habis lg, dah nak kena balik, redha ja lah.. nak kata apa lagi dah...Ada hikmahnya tu..:-)

Yg mana satu..hmm??
Sikembar ni pun suka jugak bergambar nie... bila dah lama tak jumpa, sekali jumpa dah cukup untuk bt sy konfius..:-) Sy sgt syg akn si kembar ini.. pasti juga yg lain..;-)

p/s : doakan ya , agar 'sikembar' juga milik sy dan bakal suami kelak ya..:-)
chakk..! mummy is here..luv you..;-)
I've got nothing to say.. What a wonderful Syawal together with families..
More than words can explain...:-) 

Salam 'Eidulfitri
bt semua shbt2 permata hati sy,
kalian permata yg tak ternilai harganya..;-)
serta bt semua muslimin dan muslimat yg dikasihi-NYA..
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN


Salam sayang,
   Firashatul Jannah

p/s : Selamat Hari Raya bt kamu dan keluarga..
p/s : Ya ILLAHI, perkenankanlah permintaan ku ini... Ameen.. 
 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...