Showing posts with label SaHaBaT PeRmAtA HaTi. Show all posts
Showing posts with label SaHaBaT PeRmAtA HaTi. Show all posts

Welcome!

In the name of Allah, the most Gracious and Merciful

I love Allah , I adore Rasul

Salam'alayk =)

Lamanya tak singgah sini ye =) 

Selamat datang ke kebun sy yg baru di hias ini =) hehe comel kan

Terima kasih banyak2 bt Cik Dil Semanis Epal kerana sudi mengemas dan merenovate kebun sy ini...=)
Cantik n comel =) Terima kasih juga kerana melayan karenah sy =) hehe Minta maaf banyak2 ye Cik Dil... =)

********************************

Ok... result dah keluar =)

Alhamdulillah =) Thank you Allah =)

********************************

Itu saja bt masa ini, sedang berlumba dengan masa =)
I.Allah ada masa ketemu lagi

Ada cerita panjang yg nak dikhabarkan =)

Tingkatkan Kualiti Amal


Firashatul Jannah 


nota kaki : wahai ab pisang ku sekalian, aku rindu kamu semua =)




Mereka akan Terbang Jauh

Bismillahirrahmanirrahim

Permata-permata hati sy akan terbang jauh

Terbang jauh merentas lautan

Aku tinggalkan mereka pada-Mu Tuhan

Nusaibah : UMS
Zafirah : INDIA
Kata Z :

" k.Tirah jgn nangis, jgn ingatkan perpisahan tp ingatlah 
pertemuan selepas ini.. mesti comel2 dgn anak2 ab =)
syg k.Tirah"

Izzah : RUSSIA
Mardhiah : MESIR

Kita pasti bertemu semula =)

Moga menjadi mawar yg mekar di rantau orang


Firashatul Jannah


Siswi Terindah

Bismillahirrahmanirrahim

Sudah jadi siswi kalian

Mabruk 'Alaih

Miah : UTeM
Syahirah : USIM
Amirah : UTeM
Gee : USM
Athirah : UPM
Asmaa : USIM
Anis : UMP
Mahirah : UMT
Ana : UMT
Nadiah : UMP
Azian : UniMAP
Ain : UPSI (yeay!!)
Permata hati sy ada juga seorang yg teman sy =)

Athirah : ????? =)

Aku tinggalkan mereka pada -MU Tuhan

Moga jadi siswi yg terhebat =)

Ameen


Firashatul Jannah



Ustazah yg Sy cinta

Bismillahirrahmanirrahim...

Ustazah dah nak fly...

Tinggalkan kami di semenanjung...

Sy pasti akan sgt33 rindu dkt ustazah

Nak ghiyau2..:'-(

Bila kita nak jumpa lagi?
Ustazah kata nak rumah cikgu lagi...
Telekung ustazah ada lagi dkt rumah cikgu
Cikgu simpan sampai ustazah mai ambik tau..:'-(

(mata dah berkaca-kaca)


Kalau Cikgu hantaq Ustazah dgn manik2 jernih berlinangan, 
mesti Ustazah juga mcm tu..
Mungkin Ustazah dulu yg akan mulakan...Ustazah selalu mcm tu..
kalau Cikgu cuba nak jadi brutal, mesti Cikgu akan kalah juga dgn Ustazah ..
Pasti kita sama-sama berendam air mata...


Tadi, lepas sembang dgn Ustazah
Tak semena-mena 'hujan' turun dgn lebatnya
Ah..
Indahnya Ukhwah Hadiah Tuhan =)

Ustazah jaga diri baik2 tau
Astaudiukallah ya ukhtie...=)

Cikgu & Ustazah

Kita bertemu kerana Allah =)

Berpisah juga kerana Allah

Cikgu cinta Ustazah selamanya !!


Firashatul Jannah 


p/s : Ustazah jgn lupa Cikgu tau =)
p/s : manik2 jernih itu sudah jatuh ke bumi

Al-Fatihah

Bismillah...(ikhlaskan)


Remaja ke surau maut

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my




JASIN: Impian seorang remaja menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula bulan depan musnah apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 22.8 Jalan Melaka-Muar di Kampung Sempang, Merlimau, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Mohamad Afez Hassan, 19, maut di tempat kejadian selepas motosikal Suzuki Shogun RR ditunggangnya bertembung sebuah van menyebabkan mangsa terjatuh dan parah di kepala.

Harian Metro difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke surau berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Subuh.


Bapa mangsa, Hassan Mohd, 50, berkata, anaknya baru menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor sejak beberapa bulan lalu dan mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke UMT selepas hari raya Aidilfitri ini.

Katanya, anak keduanya itu yang juga pasangan kembar kepada kakaknya Norhafiza, 19, sudah membuat persiapan menyambung pengajiannya dengan menyimpan semua pakaian dan keperluan sejak seminggu lalu.


“Bagaimanapun, takdir menentukan dia pergi buat selama-lamanya hari ini (semalam). Saya pun tak sangka perjalanan arwah ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah menjadi noktah terakhir dalam hidupnya.



“Patutlah arwah memberitahu emaknya dia beria-ia hendak berhenti kerja (sebagai pembantu kedai serbaneka 24 jam di Semabok) semalam (kelmarin). Kami tak tahu ia menjadi petanda arwah akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Hassan berkata, sejak pulang ke kampung sementara menunggu kemasukan ke UMT, Allahyarham sering ke surau menunaikan solat Subuh.



Perginya sebutir permata jiwa Islam...Al-Fatihah

Ya Rahman...
Rahmatilah permergian shbtku ini, redhailah roh shbtku ini...
Tempatkanlah shbtku ini bersama kekasih-kekasih-MU

Ameen


Firashatul Jannah

98


Bismillah...(ikhlaskan)





credit to Ana Hasmanabilah :-)



Wallahua'llam


Firashatul Jannah


p/s : mujaheedah goten tu yg paling mahal skali...;-)
Bismillah (ikhlaskan)



Sgt rindu pd mereka


Wallahua'llam



Firashatul Jannah


nota kaki: wahai pelangi yg indah, sy sedang berusaha

Tak mau ckp..

Bismillahirrahmanirrahim


Menunggu untk mengisi mulut dgn air masin..:-p lawak la..

Terujanya ab mat sekalian ya..

Baling jer..runtuhkan istana ab min tu haa..

Strategi apa lagi tu...

Sungguh ab min yg sgt brsmgt 'perkauman'..huhu

Ni pun samer jer..:-P

Terliur...

Sekian saja


Firashatul Jannah

Hanya dikau only you..

Bismillahirrahmanirrahim
Azian Athirah like this..:-)




Ingat2 itu remember,
Jgn lupa itu don't forget,
Saya syg kamu,
I love you,
Hanya di kau only you..


Wallahua'llam


Salam Indah,
Firashatul Jannah

Kembali...

Bismillah...(ikhlaskan..)
Salam'alayk...


 Sukanya3...(read: gaya yg penuh kebudak2kan..mslimat tau..hehe)
suka tgk number visitor kat sebelah tu...1111..by the time antum tgk dh tak jadi dh no tu...:-)
   ok...that's not the point actually...
what time is it my dear..? 1.49a.m...hmm..awal lagii...eceh..
The point is... IM OUT OF KMPP !! well..not the main point really..
because IM AWAY FROM SHBT2...huu..:'(...this is The POINT...
   I MISS THEM A LOT...!!


Salam Indah,
   Firashatul Jannah

Yg Dicintai Fillah..

Bismillah..

Dengan penuh rasa cinta & kasih
sy dgn ini mengucapkan

SELAMAT HARI LAHIR

buat

UKHTIE WARDAH BT RUJHAN
a.k.a
"WARDATUL SHAUQAH"




Semoga segala keberkatan jua keredhaan-NYA itu menjadi milikmu
Ammeeenn...


Masih kah kau ingat?

How I wish I coUld make one of these cupcakes for you my dear..!!





Salam Mahabbah,
Firashatul Jannah

Salam Hari Lahir

Bismillahirrahmanirrahim.. (ikhlaskan)

Ucapan ini ku layangkan khas bt shbtku
yg jauh dimata, dekat dalam setiap doaku..
(mudah-mudahan insyaAllah..)

SANAH HELWAH YA SAHABAT

Umur itu Amanah

Teruskan perjuangan..!!
Allah tak memberi apa yg kita mahu,
tapi DIA memberi apa yg kita perlu

 

Salam Indah
Firashatul Jannah

Doa seorang shbt buat shbtnya yg lain...

Dimulakan dgn basmalah yg penuh barakah..(ikhlaskan niat)

Buat sahabat2 permata hati Islam

Segala puji-pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

            Ya Allah…
            wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

            Ya Allah…
            Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

            Ya Allah…
            Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

            Ya Allah…
            Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

            Ya Allah…
            Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu darjat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

            Ya Allah…
            Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi  hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

            Ya Allah…
            Aku memohon baginya kepadaMu memantapkan imannya.. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan seluruh hatinya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah seluruh cintanya hanya kepadaMu dan seluruh amal perbuatannya  hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

            Ya Allah…
            Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

            Ya Allah…
            Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.

Ameen ya Rabbal'alamin..

 Salam Indah
     Firashatul Jannah

p/s : kredit to dear syauqatul bazla n dear shbt jauh di mata dkt dlm doa..

Selamat Hari Lahir sygku..

Bismillahirrahmanirrahim...(ikhlaskan niat)
Salam'alayk..
  Entry ini khas untuk permata hati amirah, NURUL IZZAH BT MOHD FADZILAH sempena hari lahirnya yang ke-18 hari ini.... Asif jiddan..terlupa sangat2...;-)

Sayang Izzah

 SANAH HELWAH YA UKHTIE 

DOAKU UNTUKMU, MOGA KASIH SAYANG DAN REDHA ALLAH
MENGIRINGI SETIAP LANGKAHMU WALAU DIMANA JUA IZZAH BERADA

DOAKU JUGA BUATMU SERIKANDI ISLAM,
TIKA LANGIT DUNIA RUNTUH ,
MOGA ALLAH TEGUHKAN AQIDAHMU,
TIKA KESUSAHAN DATANG,
MOGA ALLAH KUATKAN HATIMU,
TIKA HATI GELISAH,
MOGA ALLAH CURAHKAN KETENANGAN PADAMU

AMEEN..




  Salam Sayang,
      Firashatul Jannah

p/s : sory tak di bowok nusuk kasut izzah.. k.ngah ngan k.tam punya kerja..;-)

Mabruk ya habibati..

Bismillahirrahmanirrahim...(ikhlaskan niat)
Salam'alayk...
 entri ini sudah lama disimpan.. oleh kerana kekangan masa.. rasa mcm dah basi ja..;-)


      Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran. 

  Apa khabar shbt2..? Amirah sentiasa doakan yg terbaik untuk kalian..:-)
Entri kali ini teringin nak cerita tentang majlis khatam Quran haritu...Entri ni dah lama di pendam..Fikir2 balik mcm tak mau post, tapi syg pulak ya.. Hmm.. tahniah buat shbat2 kerana telah berjaya menghabiskan bacaan al-Quran antuna sepanjang bulan Ramadhan.. Harap2 antuna semua istiqamah di atas jalan ini ya, bukan sekadar pd bulan Ramadhan ja ya.. Jutaan terima kasih kepada mereka2 yg sgt banyak membantu terutamanya cik em kita, sayang kamu dunia akhirat..Minta maaf kalau ada kekurangan dr kami, ada yg kami tak boleh bgi komitmen sepenuhnya harap maaf ya...oh2.. sudah2..


Kumpulan ?
 Majlis tu bermula jam 10 pagi,rata2 semuanya tiba di surau agak lewat termasuk sy kerana masing2 ada kelas sebelum itu, tuan pengarah sampai lebih awal dari kami, sebnrnya ketibaan tuan pengarah pukul 9.50... Jd, majlis tu berlangsung x lama.. cuma 25 minit ja..sebab lepas tu semua ada kelas.. Jadi bila habis ja..masing2 bergegas ke destinasi kelas masing2, bilik tutor lah, makmal lah, dk lah ,mk lah..mcm2..:-) Terima kasih banyak2 kerana sudi memberikn kerjasama anda dlm menjayakan majlis ini..:-)


Our Pengerusi Surau
Hmm..rasanya sampai sini ja kut ya coretan sy untuk kali ini.. moga ketemu lagi..Wallahua'llam..

peringatan bt diri yg serba dhaif ini,
Maksud firman Allah SWT :
" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."
(al-Hujurat : 12)


Salam sayang,
 Firashatul Jannah 


p/s : Syawal is here everyone..!!!
p/s : kpd kamu, minta maaf banyak2 ya.. tak berniat langsung

Cepatnya masa berlalu..

Bismillahirrahmanirrahim..(ikhlaskan niat)
Salam'alayk,


           SubhanALLAH, Alhamdulillah, Allahuakbar.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi..kerana sehingga ke hari ini kita masih dikurniakan dua nikmat terbesar, nikmat iman dan Islam.. syukur ya Tuhanku.. syukur kerana smpai kehari ini kita masih lg mampu untuk menjalani ibadah puasa yg mana semakin hari semakin hampir meniti ke penghujungnya..esok dah 15 Ramadhan.. 



Cepatnya masa tu berlalu.. tup2 dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan.. Rasa2nya baru2 ni ja sy sibuk2 duk tanya mama sahur nak makan apa, berbuka nak makan apa dekat hostel.. haih..mcm2 sy nie.. Rasa2nya lg baru2 ni ja balik buka puasa dgn mama, abah, adik, tok, tok wan , mak su, mak teh na, isah dan ramai lagi...masa cepat benar brlalu..apa petandanya tu shbt2..??

Setakat sepanjang berpuasa dkt sini, alhamdulillah, Tuhan masih murahkan rezeki unutk beri kekuatan pd sy dn juga shbt2.. Kelmarin dulu, bersamaan dgn hari Ahad, 22/8/10, hati rasa tergerak nak pi bazar Ramadhan.. Dah tu.. tgk bas dkt luar ada tiga buah, lagi la menarik untuk pi, rasa mcm tayar bas tu duk terpekik-pekik panggil kami suruh naik.. last skali naik la jgak.. pi la dgn shabt2 yg tercinta... (kredit tu Azian, respect la azian, pi bazar, naik bas pakai jubah, bwk pensil box..ngee) lawak la kita nie.. sampai la kami di bazar Ramadhan yg indah.. 1st time sepanjang duk sini, jejakkan kaki dkt bazar ramadhan.. ow..mcm ni rupanya bazar Ramadhan dkt sini..;-)

Mereka sgt suka bergambar
    Bila dah sampai bazar tahu2 ja la.. mcm2 ada dkt bazar tu, tgk ja pun dah cukup untuk bt sy kenyang... tu tak makan lg tu.. yg bestnya dkt bazar pun ada org jual mercun..:-) puas la habis pusing satu bazar.. last2 tgk sy tak beli apa pun lg..tgk dkt tgn ada air ja.. sy beli air soya jagung..menarik, mcm tak pernah minum sebelum nie..tu yg beli tu... kalau ikutkan mcm2 jenis air sy nak beli..:-) jlan2 dgn k.lang, jumpa air dragon fruit n air epal.. wahh..sedapnya.. beli la satu lagi air dragon fruit.. dlm hati kata habis la buka harini kenyang dgn air je lah.. lpstu k.long suruh beli jugak nasi.. sy pun pusing la cr nasi jugak.. at last sy jumpa...nasi apa sy beli?? no komen..tapi yg pasti sy jatuh cinta dgn nasi tu.. nasi tu simple je, very humble..solehah ja nasi tu...(apakah??) sedap pulak tu.. (syukran kpd mak cik yg bt nasi tu, sgt sedapp..)...
 Dah tu, hari dah lewat, dah pukul 6 lebih dah, jdi kami pun mulalah mengangkat kaki pulang dr bazar.. hari yang sgt memenatkan, tapi sgt seronok... By maghrib, k.long, k.chik, k.ngah, k.teh, adik(which is sy, wahh..tak malu), k.lang, k.su, k.tam n k.yong semua dah bersedia untuk berbuka, masing2 dah ambil posisi masing2.. Lepas tu solat maghrib, solat isyak n terawih sama2..;-) Subhanallah..indahnya berkasih syg keranaMU YA ALLAH..Uhibbukuna fillah shbt2 permata hati amirah...;-) Jumpa lagi ya, jaga diri..




(renungan bt diri yg serba dhaif ini) 

Kedatangan Ramadhan membuka peluang untuk kita memuhasabah diri , nilai balik kemajuan iman dalam diri kita..fikir balik, apakah selama yg kita hidup ini, atau apakah selama yg kita puasa sebelum ini dah membentuk sistem nilai dan mempengaruhi graf iman kita..??

Salam sayang,
      Firashatul Jannah 


p/s : terima kasih ya Allah kerana mempertemukan kami.. 
p/s : doc, sy minum ais lg hari ni..jgn marah ya.. sikit ja..;-)
 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...