Amazing race ICT..

Bismillahirrahmanirrahim..(ikhlaskan)
Salam'alayk..

    Segala puji-pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan. 


  Dear rainbow, (erk..? knp tetiba rainbow?) Biarkan saja..:-)
      Hari ini sy telah menyertai satu race..which is ICT amazing race, sempena minggu ICT.
  It was great and such a wonderful experiences with shbt2..:-) Penat? Yes..penat, tak dpt dinafikan, tapi.. rasanya penat lagi amazing race tahun lepas...hee ;-) 
Untuk race kali ni, each group consist of 5 members altogether, dan mereka2 yg bersama sy adlh..jeng jeng jeng... cIK em of course, ustazah(syibah), syaher(syahirah) and our cute little friend of panda ;-) IZZAH(cik tikus)...we have to bring along a gadget such as camera, camcorder and etc, the purpose is, for every checkpoint that we went to, we have to snap a  few pictures and a short videos.. intersting isn't it..? And at the end of the race, which is at the last check point, we need to give a few touch here and there on the pictures and videos...(which we don't really expert at..hee)
   We were all dressed in blues, with black jilbab..it was nice, wearing all the same as shbt2..:-)
Tepat jam 8.30 am, bermula lah amazing race tu, dalam hati, menang atau kalah semuanya adalah lumrah dn adat permainan, tapi yg paling jelas matlamatnya, pastikan imej ISLAM tetap dipamerkn walau dimana kita berada..:-) 

     cerita diteruskan...

  Our first checkpoint was at the 'padang golf'..:-p agak jauh dr tempat permulaan, lari dan terus berlari, lalu cafe, lalu dk, lalu makmal kimia n fizik, then baru sampai... huh.. larian yg mencabar pernafasan... ok, tasknya berkaitan dgn golf la jugak, kena pukul bola masuk dlm lubang yg Telah disediakan, tapi bukan atas rumput tu, atas tempat golf yg org kaya2 letak kat dlm office tu, anytime boleh main, kalau mahu... hmm.. kena masukkan 5 bola ke dalam lubang tersebut.. permulaan agak mencabar, dgn tangan yg agak menggigil + the 'kekok' experience.. haisy.. bt, alhamdulillah, we manage to get over it beautifully.. job well done shbt2, muahh..:-)

go ustazah..!

Don't get bored rainbow, there're a lot more to be written..;-)

     Checkpoint yg seterusnya adalah di dewan kuliah, i don't really like the task given..heh..ngade2.. we're given a box of pokers card, and we have to make pyramid like stucture out of that cards.. maknanya kena dirikan kad2 tu, tahap kesabaran diuji, hee.. bukan sesuatu yg mudah untuk mendirikan kad2 tu...alhamdulillah, Tuhan permudahkan, kami berjaya dirikan, dn agk membanggakan juga sebabnya ad dua kumpulan yg tiba sebelum kami, tak sudah2 jugak, kami jugak yg sudah dulu, walaupun tak da muslimin dlm kump kami.. great job shbt2..;-) ecece..


   Dear rainbow..:-)

   Seterusnya, checkpoint kami di surau, dkt sini lah paling lama masa di ambil untuk sudahkan task yg diberi.. kena buat origami angsa, buat jadi angsa seekor, mula tgk mcm tak reti nak buat, looks complicated.. but mujahidah never give up..:-) bersilalah kami tepi jalan, melipat kertas n etc.. uish..lenguh2 jgk la,sakit pinggang2 nak jadikan angsa seekor.. aduhai..tapi bila dah jadi, cantik....mcm tak percaya dpt buat angsa seekor... berbaloi la buat..:-)

leher tu trsalh pusing tu...hee

  Lepas tu, dari surau, kami ke tasik, task ni sy agak berdebar, sebabnya, kena cross tasik guna tali tu untuk ambik bhn task dkt seberang sana, yg sy sgt2 takut untuk buat, sebelum2 ni pun hanya mampu tgk, tu pun nak tgk org buat pun tak berani..hee :-) kalau takut jatuh tu tak berapa kisah sgt (kisah jgk sebenarnya), tapi sy mengenangkan air tasik yg menghijau tu n memikirkan ada mcm2 dlm tasik tu..eiii.. tak boleh2..tak mau2..minta maaf
 Nasib la bukan semua yg kena cross tasik tu..alhamdulillah...
kami diberi sebungkus plastik berisi tiga jenis kacang yg sudah bercampur dgn sebatinya...(mcm cerita P.Ramlee tu), then kena asingkan dn namakan kacang2 tersebut..eceh..ingat kami tak tau nak namakan ke..eh2..tak2, gurau2, please..:-)


Dear rainbow...:-) nearly the end

   Last checkpoint dkt makmal kom, sebelum kerje edit mengedit gambar dn video, kena cari kompnen2 kom, then pasang balik komponen2 tu.. hee.. agak melucukan, bermain dgn skrew driver n etc.. dah la tak reti.. bt2 reti je lah...:-)


  kerja edit mengedit gambar tu pun agak mencabar sebenrnya.. sy pun tak reti sgt, kena edit gambar n video, sy n ustazah kena edit video, ya Allah..maha mencabar, dgn berpa kali tukar komputer, dgn hang nya, dgn komputer ter shut down dgn sendirinya la.. aduhai.. sbr2..
At last, terhasil lah jugak.. walaupun punya kekurangan disana dn disini, alhamdulillah, Tuhan maha penyayang akn hamba-NYA..dear ALLAH, I LOVE YOU..

cik em, syaher n cik tikus yg buat..mabruk
  dEAR rAINbOW..
     You must be curious to know weather we won the competition or not right? Dgn sukacitanya, setelah pjg lebar bercerita, kami tak menang pun...;-)  sy dh pesan pada shbt2, kalau kita tak menang pun tak pa, cukup sekadar kita boleh main sama2, menghilangkn rasa stress...:-) kalau kita menang, alhamdulillah..rezeki berpihak pd kita, kalau tak pun, Tuhan masih simpan kemenangan itu..:-) husnuzon dgn ALLAH..


"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. 
Sesungguhnya kalian tidak menang dimata manusia, 
namun kalian mulia dicc Islam,
kerana kalian memenangkan Islam d dlm setiap perilaku kalian..
Alfu mabruk'alykum" - Ameer

Wallahua'llam..

Salam Mahabbah,
    Firashatul Jannah


p/s: It takes both RAIN and SUNSHINE to make rainbow

Siapa si solehah itu..?

Bismillah..(ikhlaskan)

"Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa 
yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan 
dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut 
pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama."



"Cantik wanita kerana kejernihan wajah,
Manis wanita kerana senyum,
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
Hebat wanita kerana kesabaran,
Mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan illahi.." -wardah



Salam Mahabbah,
Firashatul Jannah



Ya Allah , Aku Jatuh Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...(ikhlaskan)

 Sekali saya jatuh cinta! Tau tak apa rasanya? Bohong, kalau beritahu tak tau!
   Terus, masalahnya apa? Normalkan..
Masalahnya, sy hampir kehilangan kawalan diri, kehilanagn kawalan emosi,
kehilangan realiti diri. Sy berubah menjadi org paling melankolik di dunia, paling romantik, dan blog sy penuh dgn kata2 puitis...pstt..jgn komen dulu! Baca sampai selesai. Lalu..si dia bagaimana?
    Pengakuannya...he love me too...
Aih..aih.. teruskan saja!
Tidak!
Kenapa?
  Because of this loving(jatuh cinta maksdunya), sy rugi besar. Rugi dari segi material boleh diganti.
Cuba hitung, waktu yg sudah habiskerana fikiran dipenuhi oleh cerita tentangnya. Ibadah lolos satu persatu. Hafalan al-Quran berciciran kerana tidak sempat menelaahnya. Sementara waktu untuk kami bersama semakin menghampiri, he choose another women!! Blarrrr!!! Langit runtuh!!


Dipetik dari buku yg sy nak cerita haritu..:-)
 Ya Allah, Aku Jatuh Cinta oleh Burhan Sodiq


Sedar! Sangat sedar! Sedar kalau seharusnya ketika ada rasa yg mulai bertunas, seharusnya saat itu juga dipagari dgn makrifatullah, dipancang dgn quwatusshillah billah. Agar tunas itu mekar, tumbuh, kuat dan berakar nanti saja, pd waktu yg tepat, pd org yg tepat.
  Lantas skrg sy kembalikan semua kepada-NYA. Sy hapus namanya dlm memori hati, sebab hanya DIA yg boleh ada di sana. Jika tidak, sy semakin terdesak dan tertekan kika ada yg menyebut nama dan menceritakan tentangnya. Sy putuskan segala hubungan atau komunikasi dengannya dan sambungkan kembali komunikasi dengan-NYA.
  Kalau dia bertanya, biar Ari Lasso yg jawab, hampa terasa, aku telah hilang ditelan bumi, 
          and this loving, let it gone with the wind
Kenapa sy menulis semua ini? Ah!! Ambil saja pengajarannya
  Akhirnya, Ya Tuhan! Kalau seseorang itu bukan jodohku, tolong dijauhkannya dariku dan digantikannya dgn yg lebih baik. Dan jika memang dia jodohku, maka supaya didekatkan dgn cara-Mu dan aturan-MU. Entah cinta itu datang sebelum waktunya atau dtg sesudah tiba waktunya.

Dipetik dari buku di atas juga :-)
   Ya Allah, Aku Jatuh Cinta oleh Burhan Sodiq

 Wahai muslimah2 yg dicintai fillah sekalian...
Jagalah dirimu sebaiknya...
   Jaga akhlakmu..
Jaga Imanmu...
   Biarlah namamu tidak menjadi perbualan penduduk dibumi,
         cukuplah sekadar namamu menjadi perbualan makhluk dilangit
               Itu lebih baik dari segala isi dunia...
Beringat-ingatlah wahai sekalian muslimah..!!

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed, the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day is HARAM as it is prohibited and contradicts with Islam.
 


Salam Citra Terindah,
    Firashatul Jannah

p/s: merinduimu habibuna Rasulullah, abadan abada..

Dah bersedia ke..??

Bismillah...(ikhlaskan)
Salamullahi'alayk...


     "Enti, k.tirah nak kahwin dah tau tahun depan..:-)" nada serius dlm tawa

  " Eceh, eleh..tipu laa.." shbt sy menjwab

         "Eh..betul..tak tipu..tnggu kad ya.." sy terus menguji..hee..:-)

" Hmm...ok, kalau betul la nak k.tirah nak kawin kan, k.tirah dah bersedia?
      Apa persediaan k.tirah untuk perkahwinan tu? Apa persediaan k.tirah untuk membina baitul muslim tu?
           Apa persediaan k.tirah untuk menjadi seorang isteri? " shbt sy bertanya..


    "Erk..!" sy terkedu seketika..


Astaghfirullah...
   baru sy sedar..
     baru diri ini menyedari tentang hakikat yg sebenarnya..
 apa persediaan sy sebenarnya untuk melangkah ke arah itu..??
        ada persediaan ke sy ni??
   sesiapa pun mampu berbicara...
     lidah  tak bertulang...
      subhanAllah... jazakillah..


terkadang bermain difikiran..
    diusia sy yg ke berapa sy bakal menempuh alam itu..??
 terdetik dihati..
   anggarannya tidak lebih juga tidak kurang dlm masa lima tahun lagi...
LIMA TAHUN..??
      mampukah sy bersedia dlm masa lima tahun tu..??
cukup ke dlm masa lima tahun tu..??
  bukan satu masa yg cukup lama..
         sekejap saja..
 lima tahun pasti berlalu..
   kehidupan sebagai seorang pelajar, juga seorang da'ie...
        banyak perkara yg sy belajar juga bakal sy tempuh..
  terlalu banyak komitmen yg perlu sy utamakan..
             utamakan apa yg perlu diutamakan...
   sempatkah sy mentarbiyah diri untuk menempuh ke alam itu?
      mampukah sy??
SubhanAllah...


   Muhasabah balik diri kamu ya..
         wahai pemilik nama Firashatul Jannah..
      Baitul muslim yg dibina bukan suatu 
                        mainan yg ada menang kalahnya..
 bila kelak diri sudah letih, diri berundur dgn senang hatinya..
            bergegar arasy Tuhan..na'uzdubillah
  Ianya satu amanah..amanah yg punya percaturannya..
     percaturannya yg kelak ditimbang oleh DIA..PEMILIK CINTA..
   penentu bt kamu...
        Bersedialah kamu..!




Salam Indah,
   Firashatul Jannah




p/s: terus merindui..
         
          
        

Cantik..

Bismillah..
Salam'alayk..

    :-);-)..hee.. sesudah beberapa kali keluar masuk kedai background untuk blog..
akhirnya..inilah hasilnya.. hasil titik peluh saya..cececece.. tak keluar peluh pun.. eksyen je lebih...
warna pink jugak yg jadi pilihan ya.. jln2 cari backgorund kaler kegemaran sy tak jumpa pun yg cantik, jadi sy terjumpa dgn background ini, hajat dihati nak try jer, lepas tu tgk preview..eceh..mcm lawa jer.. sy pun save la..
  begitulah ceritanya..

sebenarnya, the purpose of me writing this, sebabnya nak kabor yg sy baru habis bc satu buku ni...
bukunya subhanAllah, covernya sgt menarik..dan isinya..alhamdulillah...jadi pengajaran buat umat manusia..
   tapi...
buat ms sekarang, sy tangguhkan dulu penceritaan tntang buku tu ya.. sebab sy baru habis merentas desa, sgt letih...eceh.. padahal tak lari pun, lari2 kucing, ayam n itik ja dgn cik em sy... ;-)
   tapi...
mantap jugak la... kalangan yg terbaik jgkla kan.. sebabnya boleh meninggalkan ramai lagi di belakang, sampai x terbilang..kira ok la tu.. tapi, yg lagi ok sebab boleh potong muslimin yg sgt lbt lariannya...
   bt malu je dgn mujahidah2 KMPP.. Aish..

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam...
   dan sy..
masih disini... sudah2...
  tutor math tak siap lagi, tutor kimia pun ternanti2 untuk dibuka..
       assignment math lagi.. aiyya..
mintak diri dulu ya...:-)
  Assalamualaikum

Penantian Satu Tarbiyyah

Salam Indah,
    Firashatul Jannah


p/s: tegar merindui..

Singgah...

Bismillah..(ikhlaskan)
Salamullahi'alayk...

   AllahuAkbar..
     Hmmm...(apa ni syg, awal2 entri lagi dah mengeluh ni)
Alhamdulillah.. Tuhan masih mengizinkan FJ merasai nikmat2-NYA yg tak terhingga..
   Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Kalimah ini banyak mengajar erti hidup bersyukur...
    Ya Illahi, ikhlaskanlah rasa syukur ini..

 Sy sebenarnya menyinggah sebentar... Haritu bila dah lama tak menulis, rasa rindu..
Bila ada masa untuk menulis, tak tulis2 jugak.. hmm.. tapi tak pa, sekurang2nya sy singgah.. kalau tak tinggal sesuatu pun, cukup sekadar menjengah.. mengubat rasa rindu, mengimbau entri2 yg lama..
  hmm..tak pa, walaupun jarang2 menulis, biarlah istiqamah, tak banyak pun tak pa kan, tapi berterusan, walau dalam jarak masa yg sangat pjg...:-)

    Sekarang.. semuanya sedang bercuti kan..? sempena Sambutan Tahun Baru Cina...
Selamat Hari Raya kpd insan2 yg menyambutnya...:-)

  hmm...(knp tiba2 hati rasa hiba)
senyuman menguntum, hati menangis...(knp ya?)
          Dimana silapnya..??
Penantian, pengorbanan itu suatu tarbiyah..
   Tak semudah yg disangka.. Tak semudah suara melontar kata..
Sakit...
     Tak terluah.. Tak terpalit lukanya.. Tak terhambur darahnya..
Tapi bagi hati yg merasanya.. Allahurabbi..
 Terima kasih ya Ilahi..
     Setia mendengar rintihan deraian airmata hamba-MU ini..
Sungguh.. tatkala ini hati sering di landa hiba..
           Mata pantas mengikut jejaknya..
  Menitiskan manik-manik jernih..
    Tumpah membasahi tadahan doa hambamu ini.. ya Rahman..

ahh... lemah benar kamu..
  pantas benar menangis..
 bukankah mujahidah itu seorang yg kuat??
    jgn mudah mengalah, Allah mendengar luahanmu..
  Allah pasti tunaikan janji-janji-NYA..
Pujuklah hatimu FJ... hidup pasti mengalami kesusahan sebelum menggapai kesenangan..
    Mahukah kamu menangis tatkala kesusahan menjelma
                 setelah kesenangan kau teguk sewenang-wenangnya..??

Salam Kasih penuh Cinta,
    Firashatul Jannah


p/s: tarbiyah itu bermula dr sekarang..jgn sia2kan..
p/s: terus merindui..
  

  
 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...