Bila...

Bismillah...(ikhlaskan)

Bila blogwalking dkt salah satu blog bf mummy, baru sy tahu yg bg baby bwh 6 bulan minum air masak bahaya rupanya...nasib baik Zarif dah besar kan Zarif kan, huu..besar ke..7 bulan...hmm...sori ye cik long terbagi Zarif minum air masak hrtu...:-) tp Zarif mcm semangat je minum air masak...huhuhu sy selalu ingat baby tu mesti mcm sy kan... bila dah minum susu mesti nak merasa minum air masak pulak kan lepas tu mcm sy...huhuhu...mak selalu kata, kalau mcm tu, baik tak yah minum air manis2, minum air masak ja terus kan senang...hihihi...


Info selanjutnya di SINI ye :-)


************************************


Bila blogwalking dkt beberapa bf mummy's blog..sy jadi sgt teruja dgn pengalaman mereka..:-) tgk botol2 storage yg comel2 n segala bagai aksesori bf yg canggih manggih...wahh bestnya...hihihi al-hasilnya, sy sudah berganda2 bersemangat + menaruh azam untk fully exclusively bf anak sendiri nanti biiznillah...:-) wahh..terlebih sudah kau cik bedah ye...


Tak rase comel ke...:-)
p/s: ini adlh panggiln rasa hati sendiri ye shbt2, tak berkait dgn sapa2 :-)


***********************************


Bila cik bedah dah mula dgn merepek dia yg tak sudah2 tu, dgr je lah ye...
Sebabnya...ini tempat dia punya... huhuhu.. abg ka ayahanda ka...ini tempat dia punya...waahh..:-)


Baiklah kwn2...


***********************************


Wallahua'llam



Firashatul Jannah


Life is like a canvas.
It begins blank, and everyday...
is like another brush stroke.
Make your life a masterpiece.
Weather beautiful or not
We'll see it at the end of the day
He'll show it to us...



Beringatlah



Firashatul Jannah

Ilmu...

Bismillah...(ikhlaskan)

Athirah...

Al 'ilm bi la 'amal kashsyajar bi la thamar - Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tiada berbuah

lagi satu kan Athirah...


Al 'ilm kan Nur fil Hidayah - ilmu itu ibarat cahaya dalam menerangi kegelapan 


dan Athirah wajib tahu yg...


Tholabal 'ilm faridhatan 'ala kulli muslim -
menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap muslim




Oleh itu...

Athirah kena USAHA banyak2 tau...:-)


Dunia ini tempat untuk berpenat lelah
Jadi...
Athirah jgn pernah merungut tau...

Sebab Tuhan nak bg Athirah kutip hasil yg lumayan kelak...

Ameen...


The Climb

Wallahua'llam



Firashatul Jannah




Upin & Ipin

Bismillah...(ikhlaskan)

Bila Upin & Ipin melawat UPSI..

lebih tepat lagi

bila mak jumpa dgn Upin & Ipin..:-)

hihihi..


Allo kawan2 !!

Awk mmg takkan tumbuh rambut ke?

Siapa la manusia disebalik maskot ni ye..

Alololo.. sopannyerr...

Ni sape yg excited lebih ni...

Pegang dik pegang.. bwk balik rumah terus..:-p

Mangsa buli..:-)



Kelmarin ada la sorang budak kecik ni... Bila mula2 maskot tu keluar, wahh..excited die panggil2..pin..pin..alololo..tomei2.. Dah tu dia try la pi 'mengorat' dgn lebih dekat... Sekali Upin & Ipin tu pusing dekat dia, nak dukung dia.. waaaaa.... jerit2, lari nangis2 tak nak..adoii :-) Dia nampak mcm rasaksa agaknya ye..:-) yg Upin & Ipin tu pun..aloooo..sgt comeyll...wargghh..rasa nak cubit2 pipi die..wink

Oklah ya, singgah skjp ja, tak sangka jd entri

Breakfast jom..:-)


Firashatul Jannah

100



Bismillahirrahmanir rahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assolatuwassalam a'la Rasulillah
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam...


Salam sejahtera buat calon zaujahku insyaAllah..

 Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam.
 Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya 
supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.

"Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu"
Kukira untaian doa srikandi iman,, mampu menyuburkan hatimu 
dengan Nur KasihNya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan 
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan 
merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih 
dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, 
bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai 
perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam 
setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat 
dan istikharahku selama ini. Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih 
dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku 
dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar 
baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.

Teman solehahku yang dirahmati,

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, 
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal 
keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu.."


Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, 
bukan kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang 
aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim 
antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam 
mengESAkan Allah Yang Satu.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan 
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa--bangsa dan bersuku-suku 
supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling 
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa 
di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha 
Mengenal." (Al-Hujurat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan 
puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat 
menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah 
yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. 
Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku.
Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan 
terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah 
penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar 
mendengar semua perbincangan mereka. 

Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya: "Anakku bangunlah, serta 
campurkanlah susu itu dengan air. Puterinya menjawab: Apakah ibu 
belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu? Ibu itu 
bertanya lagi:"Apakah larangan Amirul Mukminin itu?" Puterinya 
menjelaskan: "Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat 
Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air"Ibu itu berkata 
lagi: "Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah 
kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya" Puterinya 
menjawab: "Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi 
Tuhan yang disembah Umar melihat kita.

Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. 
Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di 
hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang 
mereka."Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu 
hatinya. 
Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual 
susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya 
Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.

"Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya 
ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-
mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh."

Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah 
dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan 
yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul 
Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama 
Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang 
terkenal dan bijaksana.

Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan 
pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan 
iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana 
mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup 
berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah 
dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.

Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya , (insyaAllah)

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah 
telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain 
(wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian 
dari harta mereka".(An- Nissa':34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. 
Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam 
surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang 
wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun 
kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.

Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan 
permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu 
menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang 
zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar 
dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang 
hakiki.

Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah wahai teman solehahku,
kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah 
buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan 
seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang 
Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.
Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal 
setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan 
iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak
Bantulah aku dalam perjuangan yang amat di tuntut ini. Semoga ia menjadi 
wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah 
dan tarbiyyah.

Teman solehahku,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak 
pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan 
dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju 
jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.
Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam 
memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini 
adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia 
hanya menanti masa.

Andai tersalah bahasa, maafkan lah aku, aku hanya insan yang lemah yang merindukan syahid abadi..
Salam buat teman solehahku...

  Salam ukhwah,  
perindU syaHid abAdi~




Firashatul Jannah

Fly up high


Bismillah...(ikhlaskan)

mmm...




I feel like flying somewhere with that flying machine...:-)

but...

where..??

Sabar ye..


Firashatul Jannah


98


Bismillah...(ikhlaskan)





credit to Ana Hasmanabilah :-)



Wallahua'llam


Firashatul Jannah


p/s : mujaheedah goten tu yg paling mahal skali...;-)

Subhanallah..!



Rainbow around the Sun...!!

Subhanallah...


But...


Where's my pelangi...??



Firashatul Jannah

Dr Lo'lo' yang saya kenali - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Bismillah..(ikhlaskan)
Al-Fatihah

Perginya seorang lagi permata jiwa Islam yg wangi... Al-Fatihah

Ditulis oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin. bekas mufti Perlis dan
surat ini dikirimkannya kepada Malaysiakini.com

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti


Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.
Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

NONEApabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.
Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.
Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

sitting in a mosqueAntara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.


Beringat2lah kalian..
Firashatul Jannah

Ana ninoninonino..

Bismillah...

Sgt kebosanan n sgt kemalasan..

Sori Ana Hasmanabilah... I sgt malas you know.. Oh my Gucci..:-P
Kalau I rajin I post new entri ye... dush..:-)



Firashatul Jannah

Scho0l


Bismillah…(ikhlaskan)
Salam mahabbah bt Pencipta ku Yg Rahman , Sollu’alannabi

Semalam, lepas solat maghrib, tgk Aisyah kemas2 buku masukkan dlm beg sekolah ikut jadual..  teringat zaman sekolah dulu… perkara yg wajib sebelum tidur adlah kemas buku ikut jadual keesokan harinya..:-) bkn apa, takut tak sempat, pg2 biasanya sy akn menjadi agak kalut, sbbnya..biasala bila semuanya kena berkongsi, jadi..kenala bertolak ansur.. kalau tgh kalut2 kemas..mula la, tinggal itu tinggal ini.. nak2 kena haritu ada maths mode.. urghh.. mmg cari nahas…huhu


Teringat pulak cerita ke sekolah , kami jalan kaki, huu.. adenye ko nak naik kete cik bedah.. duk asrama jalan kaki la cik bedah oi..:-) kbtulan masa sekolah dulu, asrama sy agak jauh dari sekolah..erk? jauh eyh? Mm.. jauhh kalu jln kaki... Nak2 pulak balik sekolah jln kaki dlm pukul 3.30 ptg mcm tu.. waah.. mmg tersadai la balik asrama kepenatan I tell you cik jah.:-p

Okehh... idea teringat makin mencurah2 nih...:-)

Ingat pulak masuk sekolahhh... dulu masuk pukul 7.20, kalau tak silap sy..hihi...bunyi loceng tak? bunyi mcm mana ye? Tak ingat dah..:-) (ana! ninoninonino haha) kalau dulu, bile depa tgk yg mai ramai2 jalan kaki brbaris tu..haa..tau dah.. bdk asrama la tu..:-) redha..:-)
kalau hari2 biasa yg selalunya, mula2nya nasyid asmaul husna n bacaan doa..:-) hoho..kalao hari yg ada perhimpunan, hari tu la yg paling berjaga2 skali... bukan apa,kalau lewat, malu kut kena berdiri kat depan, berdiri kat depan ok lagi, tapi.. yg banin kena berdiri dpn barisan banat n banat kena berdiri depan barisan banin.. kalau dulu perhimpunan barisan kami tidak bercampur, masih ikut kelas, tapi barisan muslimin semuanya disebelah kanan muslimatnya disebelah kiri.. sy tak dpt bayangkan betapa teramat malunya sy kalau sy berada disituasi yg begitu...alhamdulillah, budk2 asrama tak pernah lewat...hohoho..konfiden nampak..:-p musti2 hii.. tapi, suasana yg paling best n tak boleh lupa n susah sy nak jumpa bila dah keluar sekolah, bila pagi2,  sesi pembacaan kalam Tuhan, tarbiyah rohani..hmm.. best bila tgk masing2 tenggelam dgn dunia bacaan n tadabbur mereka...:-)

Hohoho..Sy dah tak boleh berhenti brckp nie... haaa sudah.. J

Ingat pulak sesi spotcheck-mengspotcheck sebelum kelas mula, tiap2 pg..huhu.. mcm2 la, kuku la, kasut la stokin la, lengan baju la tudung la...:-) kami dulu diwajibkan memakai kasut hitam, tapi stokinnya putih...aduhai.. lengan baju mestilah bercekak or ada butang, kalau tak da kena pakai ’stongan’, dan kami juga (baca: muslimat) diwajibkan untuk memakai seluar panjang (baca: ingat kisah zaman Rasulullah dulu? Seorg muslimah terjatuh dr tunggangan untanya, dan kainnya sedikit terselak, tapi, disebabkan dia memakai seluar panjang didalamnya, Rasulullah memujinya) tak susah, senang sebenarnya, malah lebih terjaga...:-)(alhamdulillah sy mampu kekalkan tarbiyah ni sampai skrg, kwn2 patut cube) Kalau tudung pulak, tak boleh singkatnya atas pd siku, labuhnya mesti dibawah siku..:-) apekah?? betul ke ayat tu? Kalau dulu kami paling tak nak kena spot check dgn k.Khdijah..huhu..:-)


Bila tgk Aisyah balik lewat ptg2, busy dgn itu dgn ini.. ingat zaman sy balik sekolah dulu..Kelas habis pukul 2.40 ptg.. Habis tu.. tak boleh balik lagi.. semua diwajibkan untk solat zohor dulu… J tarbiyah.. kut nu kut ni, 3.30 tu barula boleh bergerak balik… tak termasuk Form 5, Form 5 ad extra kelas pulak lepas tu..huhu.. mmg bertapa habis lah kat sekolah sampai pukul 5, hbis kelas pi solat asar, overall dgn menyembang apa semua lagi pukul 6 la baru boleh setel down balik asrama… J
Tuhan Maha mengetahui penatnya… J tak pe2.. Tuhan tu kan Maha Melihat...:-) Tahu tidak kau, penat tu lah yg buat kau jadi manusia sekarang J hihi.. Alhamdulillah

Tgk Aisyah tak pi sekolah hari Jumaat..(habislah kau Cah jd objek pembolehubah k.ct ye..) ingat sy dulu, dlm banyak2 hari, sy paling suka hari Jumaat, hmm.. salah satu sebbnya esok tu cuti..mungkin... tapi hari Jumaat uniformnya berlainan dr hari biasa..i likee...:-) (baca: konon mcm dah bosan la pakai baju sekolah ;-p)  hari Jumaat kami kena pakai kain khas berwarna merah n ada corak2 diatasnya, n bg mslimin pulak kena pakai baju melayu n bersampin dn sampinnya adlh kain yg sama mcm kami (baca: mslimat) pakai.. cantik...:-) oh2.. dan lagi satu, perkara yg paling sy suka tntang hari Jumaat adlh, jeng3... hari USRAH sedunia..:-) naqibah usrah sy mmg sgt best... she made us understood that usrah is not just depending on the law of the ’circle’...:-) (apa itu law of circle?? boleh dirunding..hiiJ)
Oh2...satu benda yg sy tak boleh lupa tntang uniform hr Jumaat, ad satu haritu, banin2 yg terlupa pakai sampin, kena pakai plastik sampah yg warne hitam tu.. oh my Prada..:-)

Ok cik kiah..Nampaknya kau membebel banyak sgt ni...

Ok, dah tak tgk Aisyah dah..haha.. bila jejak bumi KMPP, melihat lautan manusia, ingat sekolah dulu, tak de la nak jumpa lautan manusia sgt, tapi kalau sek sy campur dgn sek rendah, boleh la nampak lautan manusia..huhu..  sekolah sy dulu, kami semuanya dlm lingkungan 200 ke 350 mcm tu ja..:-) small numbers but very nice... justeru itu, kami amat kenal sesama sendiri, dari Form 1 sampai la Form 5 n Form 6 (lupa sudah sama kau) hmm... kalau form 4 n form 5 tu, kelasnya ad 1 ja, huhu.. 4 Umar n 5 Abu Bakar, ada satu ja, tapi dibahagi pulak kpd 2, aliran sains n aliran sastera.. Aliran sains sangt sikit orgnya.. kalu zaman sy dulu, kelas sy mm... tak sampai 15 org.. banin ad 4 org ja kut tak silap.. banat adala lebih skit...:-) let’s count, kehya, sy, mehra, fiq, anis, haz, Timah mm.. banin? farid, ammar .. syed the KU n hadi the toko buku huhu... itu saja ye..:-)  best ape skit2...bt exp mmg membazir habis..huhu ;-) kelas sastera yg ramainya... satunya kelas sastera, mereka2 ini kena ambik thanawi... huu.. kalau exam, mmg perit.. sains people exam 2 minggu ja, depa exam 3 minggu.. mmg muntah hijau...sy yg 2 minggu tu punn...haish... kdg2 kesian jugak.. tapi, always bare in mind, life is not easy...:-) Tapi sekurang-kurangnya mereka gembira bersama subjek seni... huhu.. sy selalu jeles, nak sgt masuk kelas seni, tapi sy kena bertarung dgn add maths..urghh..mmglaaaa haii... tapi..bnyk betul tapi kau ye..:-) kdg2, rasa mcm seronok pulak, sbb boleh belajar mantik, feqah, nahu sorof n etc huhu… bkn semua org dpt belajar ilmu mcm tu dan bukan semua tempat boleh belajar ilmu yg mcm tu... peringatan yg sgt dasyat bt diri sendiri..:-)


It’s all about hikmah..:-)

Kalau ikut nak bercerita zaman sekolah, sgt banyak nak cerita, tak termasuk programlah, aktiviti lah, kawan2 lah, murabbi lah, sy extra skit, sbb ad asrama..hii mmg la kau cik bedah.. asal boleh berckp ja.. tak mau berhenti kau ye…hiiJ mmgla.. Aisyah n the rest of my cousin + ADIK yg suka paksa aku bt kerja sekolah dia dushh, mmg banyak mengembalikan sy ke zaman sekolah… ni tak cerita zaman muda2 sekolah rendah lagi..whoaa.. lagi meletup.. lagi mcm2 ragam..:-)

kata DR.TUAH..
  ‘Untuk merindui zaman silam saatnya sudah tidak sesuai’

mmp..fikir2kan..:-)

ok, sy dah mula teringat bab sekolah rendah dulu dah..
ok dah2..simpan dulu...

Sungguh..sy sgt merindui zaman persekolahan sy dulu..rindu pakai baju sekolah, tgk Aisyah pakai baju sekolah, sy pun teruja nak pakai jgk..(tu la kau, dulu bosan sgt) School is my second madrasah J  banyak benda sy belajar, the best part, sy belajar jadi manusia yg berusaha n istiqamah mengenali Tuhan dan sy belajar untk sedar diri yg bahawasanya sy dilahirkan sbg seorang Muslim dan untuk menjadi seorg Muslim, I was born to be a MUSLIM and I must bare in mind that I must die as a MUKMIN !!

hmm...

SMAH & ATHIRAH itu jodoh..:-) jodoh yg paling cocok..hiiJ


Pinggang dh mula membebel.. jadi sy kena berhenti menulis..:-) mngada2 betul hihi..

Bila nak jumpa lagi? Next entry with Balqis...;-) i.Allah


Wallahua’llam


Firashatul Jannah



Nota kaki : Mak adlh madrasah pertama sy J and always be

Nota kaki lagi: Bila entri untuk pelangi nak meyusul ye..hmm


Menangis

Bismillah...(ikhlaskan)
Selawat serta salam bt junjungan besar habibuna Rasulullah

Sapa suka menangis kat cni, angkat tgn sikit nak tgk ;-P hihi. Tiba2 nak tulis tentang menangis, atau dlm bhs yg kami selalu panggil ghiau or keriau or teriak (org Kedah, betui dak eja mcm tu?) huhu
(baca: sy juga seorg yg kuat menangis) sikit2 menangis, sikit2 menangis, perkara yg kecik pun nak menangis.
Tapi skrg sy menjadi semakin kebal. Dah kurang tapi still lagi hii:-) bukan sebab apa, sebab perlu sebenarnya.

Dulu kalau berkelai (read:bergaduh) dgn adik, adik tak menangis, sy yg menangis, sebab kena mengalah dgn dia, haha:-) lwak betul, adik bt sy pun sy menangis (read: bt yg sgt menyakitkan laa..) kalau sikit2 tu, tak da la sy mengada2 menangis, gedik + tak da kerja la pulak..ingat lagi, adik 'tercucuk' pen dkt mata sy, sakit kut.. on the spot menangis ;-) sampai adik yg kecik tu pulak kena mintak maaf dgn sy huuu ;-)(kena la, bt salah kena la mintak maaf) hmm..tu bab bergaduh dgn adik, tak cerita lagi bab kena marah :-)


Kena marah dgn mak, lagi la menangis, sebek sorang2, kdg2 tu mak tegur ja, tapi, mengada2 menangis jugak.Kena marah dgn mak, wajib menangis.Kena marah dgn org lain pun mcm tu jugak la...ingat lagi, ms pi satu program tu, urusetia suruh salin lagu tema sendiri, dengar n salin lirik dia, adla kitorang kena tengking sikit, menangis jgk, sy sorang ja yg menangis ms tu, eii.. (berdendam habis dgn urusetia tu hihi:-)) kan Goten? ingat lagi kisah kita? huhu:-) kadang2 kalau sy malu yg teramat pun sy menangis, kalau org suruh sy buat benda yg sy tak boleh nak buat n tak suka, menangis..ape laaa..:-) 

Hmm.. tu bab dgn org lain, kalau sy sendiri cari pasal dgn diri sendiri, menangis adalah ubat terbaik bg sy ;-) hmm.. kalau sy nak marah, menangis jugk jadi plihan, terasa hati, merajuk, pressure, rindu n etc, semuanya menangis. Tgk org menangis sy menangis, tapi sekarang tak lagi, sy semakin kebal:-) kan Merah kan.. Purple dah jadi mcm Merah, dah jadi brutal hihi:-) tgk org menangis, dah kurang rasa nak menangis :-) kdg2 jadi tak da perasaan ;-p hihi  Pengalaman masuk matrik, kena kemas baju n barang2 semua sorng2, boleh pulak menangis, kalau cuti pjg, balik kolej balik, mlm tu mmg berkemas sambil berair mata..hihi:-) amenda yg dinangiskn pun tak tau..
Kenagn MAI dulu, huhu.. kesian betul partner gerak kerja sy tu ya, banyak kalinya sy menangis sebb geram gerak kerja dgn dia,bukannya apa, biasalah, dua kepala yg mmg tak sehati dan sejiwa,mcmtu lah, tambah pulak org yg brlainan jantina dgn sy, lagiii laaaa... eii.. itu tak kena ini tak kena, mengalah la sy pun, mengalah sy adalah dgn menangis ;-) tapi, dari partner gerak kerja, jadi 'shbt' kami semua hii:-) siapa sangka kan?:-) Dlm meeting + liqa' pun boleh menangis, org tgh sibuk2 dgn meeting, sy pulak yg sibuk duk berjurai air mata, terasa hati punya hal..huhu:-)  Tapi, bila dah habis menangis tu, okla balik, sat ja... Goten ingat tak malam Ameerah antuna menangis teruk tu?;-) pi kelas esoknya bengkak2 mata, malamnya sambung lagi..:-) Azian ingat tak sebelum masuk kuliah menangis tu? oh2... mmg bestlah..best? mm... rahsia Goten hihi:-)

tak mo kawan
Mak pun layankan aja perangai menangis sy ni, tapi, mak selalu pesan, kdg2 menangis keatas sesuatu yg tak mendtgkn apa2 merugikan diri tau, mak lebih suka ambil pendekatan jgn dilayankan sgt hati tu, tapi sy sebaliknya hihi:-) tapi taklah most of the time, tgk kondisi, tapi skrg, sy berjaya mengawal.. mabruk!
Moral of the story of me today, sy berjaya mengawal rasa menangis sy dgn sgt efektif, kdg2 terlebih efektif, perkara yg sy patut menangis, jadi kebal buat tak tau ja.. boleh pulak...:-) knp?

It's all because of TARBIYYAH!!!

Siri pentarbiyahan sgt banyak mendidik untuk menjadikn sy sgt kuat n kebal + BRUTAL hihi :-)
 Menggendong amanah, memikul tanggungjawab, hablumminaLlah, hablumminannas
Kadang2, benda tu simple ja, tapi kita tak nampak hikmah n tarbiyah dari-NYA, misalannya, kerja2 kita tak siap2 lagi, assignment lah, tutor lah, itulah inilah, bersaing dgn masa lagi, sedar atau tidak tarbiyah sebnarnya ada terselit disebalik kesibukan tu, drpd tu kita belajar, oh, aku kena buat ni lebih cepat, lebih dahulukan yg ni, aku tak boleh tangguh2 kerja.. Bilamana hati kita menerima kesibukan itu sbg salah satu bentuk tarbiyah, i.Allah, dtglah apa jua selepasnya yg lebih dasyat, kita pasti yakin,kita pasti lebih tenang, Tuhan itu ada untk membantu :-) menjadikan kita seorg yg lebih kuat lahiriah, batiniah;-) hmm... lebih simple lagi, kdg2 kita tgh tunggu bas, bas tak sampai2, kita dah tunggu nak dkt dua jam dah, tapi kalau kita fikirkan n terima benda tu sbg salah satu tarbiyyah, i.Allah... :-) yakin ja dgn Tuhan:-)

Athirah menangis + Athirah ditarbiyah = Athirah superda'ie :-)

Betul kawan2.. Kadang2, kalau kita makan makanan tu n kita rasa tak sedap, tarbiyah sebenarnya tu, bt kita jadi lebih bersyukur, so, nanti bila kita makan apa2 yg kurang enak lagi pd tu, hati kita dah ter'tarbiyah'.. senang ja alhamdulillah tu bermain dimulut..:-)

baiklah ye kawan2..
azan zohor dah berkumandang tu, Tuhan dah bt 'miscall'..:-)
Nanti kita cerita lagi ya..

Wallahua'llam


Firashatul Jannah


nota kaki : amileenn Goten...!!! Tarbiyah tu apa??!!! :-)

nota kaki lagi : untuk apa kita di sini?!! Untuk di tarbiyahhh!! :-)
Bismillah (ikhlaskan)



Sgt rindu pd mereka


Wallahua'llam



Firashatul Jannah


nota kaki: wahai pelangi yg indah, sy sedang berusaha

Jgn Biarkan Amalan Muflis

Bismillah...(ikhlaskan)

Sebelum tu, pembahasaan diri aku akn ditukar kembali kepada sy..:-)

Okeh..
Sy sekarang berada di bumi matrik yg penuh kenangan..:-)
Menziarahi adik2 sekejap..(mithali bebenor..):-p
Bermastautin di bilik shbt2 madu lebah huhu.. comel betul

Sy terpandang sebuah buku bewarna hijau diatas meja Aisyah. Mula2 tgk2, pegang2 dan belek cover book ja dulu, tak selak lagi bahagian dalam (eksyen betul). Kali kedua tertarik untuk buka. Buku bertajuk Wahai Anakku yg Tercinta. Di terjemahkn drpd karya al-Imam al-Ghazali- Aiyyuhal WAladul-Muhibb.

Sy sgt tertarik dgn salah satu kata2 yg terdapat dlm buku tersebut..
Katanya

    ' Kalau engkau timbang dua ribu kati jus hasil perahan, 
ia tidak jadi penyegar badan kalau tidak dihirup sebagai minuman'

Baiklah. Apa yg kalian boleh tafsirkan ye dari ayat diatas?
Menurut pandangan sy, it's all about ilmu dan amal. Kalau kita tuntut ilmu seratus tahun sekali pun, ada beribu koleksi buku dan kitab2 sekalipun, ilmu semata-mata belum lagi dianggap selamat, belum lagi dianggap bersedia untuk mendapat rahmat Allah Taala kecuali dgn mengamalkan ilmu2 tersebut..:-)
Hmm.. betul...

Sy sendiri kadang2 terlepas untuk mengamalkn ilmu yg ada, kadang2, kita punya ilmu, kita dgn rasa berbesar hatinya menyampaikan ilmu tersebut kpd org lain (baca: bagus dah niat tu), tapikan, kdg2 kita sendiri yg tak praktikkan apa yg kita sampaikan, menjadikn fitnah itu wujud dan terus menembak tepat kpd kita malah lebih teruk lg kpd ISLAM
Takut betul kalau banyak ckp, lebih2 lagi sy ni, suka sgt bercakap..:-)
Teringat kata2 ustz.Basith ms program dkt Bangi dulu, dia selalu pesan, lebih baik berzikir daripd berckp2:-)

Justeru itu, jgn biarkan amalan kita menjadi muflis gara2 tidak mengamalkan ilmu yg kita ada (baca: peringatan yg sgt dasyat kpd diri sendiri ;-)) Sesungguhnya org2 yg beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal didalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya ( al-kahfi: 108-109)

Athirah nak syurga kan? :-)
Usaha keras sikit ya syg.. Biiznillah :-)

Beringat2lah teman2 ;-)

Wallahua'llam

Firashatul Jannah


nota kaki : nak kawin sebab nak jaga hati???

Secebis Kisah Pelangi

Bismillah...(ikhlaskan)



************************
Wallahua'llam

Firashatul Jannah

nota kaki : aku jadi makin obses pada pelangi, tlg jawab sat?

Allah syg

Bismillah...(ikhlaskan)


' Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yg membatasi pandangan,
yg tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya '
Ar-Rahman : 56

Aku jadi cemburu pd bidadari

 Cemburu?
Atas usaha sedikit kamu didunia, pantas kamu cemburu?


' Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari 
yg baik-baik dan cantik jelita '
Ar-Rahman : 70

' Bidadari-bidadari yg dipelihara di dalam khemah-khemah'
Ar-Rahman : 72


Aku makin cemburu

Ya Athirah,

Pernah kamu berusaha untk menjadi sebahagian drpd mereka?
berUSAHAlah !!!
Allah itu Maha Melihat & Mendengar
Berdoalah
Tuhan sedang menguji kamu
Tanda sayang dan cinta-Nya kpd kamu
Jangan pernah ragu dgn janji Tuhan
Allah tidak pernah mungkir janji

Allah sudah sgt banyak memberi peringatan kpdmu
Tandanya apa?
Mahabbah juga rahmat-NYA ada disekitarmu
Jgn sia-siakan Athirah

*********************************************



Wallahua'llam

Firashatul Jannah


nota kaki : duhai pelangi yg indah, aku ingin berubah !!

nota kaki lagi : Ya Allah, aku tak ingin sendiri

Athirah : Nikah tak semudah itu


 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...