Nyum2...(batal puasa sat lagi)


Bismillah...

Jenguk2 dapur Ummi Zaihadi di Home Sweet Home beliau itu

Jumpa pulak dgn... 


Urghh... geramnya tgk...=)
Comel dan sgt menggoda hati... auww =)
op2... batal puasa nanti =P

cik Bedah nak..!! =)


Firashatul Jannah

Terpanggil


Bismillahirrahmanirrahim...(pilihlah aku untuk ikhlas)

Hati jadi terpanggil untuk berfikir sejenak bilamana terbaca secebis ayat ilham Ust.Pahrol Mohd Juoi


sudi apalah kiranya berhenti sejenak dalam kelelahan bercinta. Mari kita istirehatkan hati dengan merelakan perpisahan itu demi cinta...


Bertamu-tamu soalan di ruang kotak fikiran...

ketika kita mengejar cinta Allah, seluruh dunia akan mengejar kita untuk dicintai sedangkan kita hanya mahukan Tuhan untuk dicintai..


Nah... Terang lagi bersuluh jawapannya =)
masih perlu tunggu dan menangguhkan..?
Tak perlu Athirah !!



Seeking For Allah Forgiveness

Firashatul Jannah

nota kaki : sakit mata yg semakin melampau...=)

Emak mana ??


Bismillahirrahmanirrahim...(pilihlah aku untuk ikhlas)




Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?










Seeking For Allah Forgiveness



Firashatul Jannah


nota kaki : syg mama =)



Doktor Itu Mulia

Permulaan basmalah penuh barakah...(ikhlaskan)

Terpandang salah satu status seorang shbt =) 

Terfikir... nak like ke nak komen ke nak ape ye...

Dush... Athirah yg kematian kata-kata...
Tapi, dia tersenyum sejenak =)


Antara yang seronok mengahwini seorang doktor ialah, selain sudah tidak lagi ke klinik, kita akan sangat rajin mengulangkaji Google Calendar, sensitif dengan masa dan semua itu menjadikan kita sangat dinamik. Orang-orang bujang keliling saya, tolonglah pertimbangkan cadangan ini. Kahwinlah dengan doktor.  

via ustaz Hasrizal Abdul Jamil



No komen =) sebab belum pernah merasa...wahh

I.Allah..Siapa pun dia, itu yg terbaik =) Banyakkan berdoa =)


Wallahua'llam


Firashatul Jannah 


nota kaki : kalau kawin dgn org yg namanya bermula dgn huruf W mcm mana ye..??

 

Mmm...


Bismillahirrahmanirrahim...(ikhlaskan)



Rindu yg tak terluah...


             “ I could walk forever in my garden."
            Attributed to Claudia Ghandi


" I dropped a tear in the ocean. The day you find it is the day I will stop missing you."


" They say when you are missing someone that they are probably feeling the same, but I don't think it's possible for you to miss me as much as I'm missing you right now."


" I miss you more today than yesterday, but not as much as tomorrow."


  " When you feel alone, just look at the spaces between your fingers, remember that in those spaces you can see my fingers locked with yours forever."


 "Each time I miss you, a star falls down from the sky. So, if you looked up at the sky and found it dark with no stars, it is all your fault. You made me miss you too much!" 



Seeking For Allah Forgiveness
Firashatul Jannah 
nota kaki : it's the level of maghfirah already, how's the level of amal?
                 beringatlah, berjaga2lah =)

nota kaki lagi : mak yg semakin jeles dgn penurunan berat badan cik bedah yg mendadak =)amalan cik bedah langsing ke gemok? Sila recheck ye...;-) 

Ingin Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...(ikhlaskan)

Sy punya Allah , sy punya Rasul


Menghitung masa untuk kembali bergelar seorang pelajar, nampak gaya seperti semakin menghampiri, bukan seperti, tapi memang menghampiri..=) Semakin tak sabar2 rasanya untuk merasai kembali kehidupan bergelar pelajar, the hectic life of a student..oh2 sgt berharga.. Bila lama sgt bertapa dirumah baru rasa betapa berharganya kehidupan seorang pelajar di KMPP dulu... (manusia selalu mcm ni)

Melihat perkembangan shbt2 dgn persiapan mereka untuk ke kampus masing2 membuatkan sy semakin tak sabar2 untuk kembali sibuk semula, how I wish to get busy and busy and busy and be the most busiest person of all...=) Menjadi seorang yg sibuk bakal melupakan seketika apa yg menggundah-gulanakan hati =)
HATI bila tak ok, sgt melumpuhkan, men'jam'kan fikiran... Bukan bermakna menghalau, tetapi mengelak untuk seketika...=)


Bagi sy, untuk buat persiapan yg terlampau agaknya mcm... mcm ape ye... mcm terlebih sudah, sebabnya, kalau dikira2 milage dr rumah ke kampus sy lebih kurang dicampur ditolak traffic light bla2 adla 10 minit kut i.Allah..=) (bertuahnya manusia yg nama Athirah ni ye)   Rezeki sy disini, percaturan Allah tu yg terbaik, sebabnya, pemadam dan penulis takdir itu Dia, kita mungkin mampu merancang untuk takdir, tp pemadam yg terbaik itu ada pada Allah, apa yg tidak baik yg kita rasa baik, boleh Tuhan tolong padamkan dan gantikan dgn yg lebih baik...=) Indahnya Tuhan tu kan...<3<3<3

p/s : maaf ye kpd org jauh yg bijak mengira waktu tu, 5 minit tu betul syg... Tak percaya? Nanti kita kira sama2 ye...I.Allah

Cukup sekadar itu, berlebih2lah dlm beramal drpd berbicara =)


Seeking For Allah Forgiveness

Firashatul Jannah


p/s : Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dgn banyaknya masa lapang dia) akan membunuh dirinya - Pepatah Arab



Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim...(ikhlaskan)


Terbaca post Ust.Basith... Azian Athirah like this =)


Si A bertanya kepada Si B:

A : maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?

B : encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai!

"Bersama Menyemarakkan Spirit Dakwah"








Seeking For Allah Forgiveness


Firashatul Jannah

Mak

Bismillah...(ikhlaskan)


Haritu


Mak cik Bedah duk berkenan la dkt salah sorang student mak ni...
Mula2 duk budget nak bt anak angkat ja...
Last2 tersasul menantu pulak... adoii


Cik Bedah dgq2 dah makin tak keruan...


Cik Bedah : Tak mau... (senyap..konon bwk diri mcm dlm filem tu la kan :-P)
Mak : gelak
Cik Bedah : berlalu ke sinki konon ada benda nak dibasuh wek :-P
Mak : dak aih... melawak ja, kalau ad sapa2 yg mai nak 'ambik' pun mama tak bagi aih..belajaq dulu....=)
Cik Bedah : huuu... selamat kau cik bedah =)


p/s : mak nie mcm tak tahu pulak ye... adoi... rahsia kiter mcm maner??


Love beyond Words




Firashatul Jannah

Al-Fatihah

Bismillah...(ikhlaskan)


Remaja ke surau maut

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my




JASIN: Impian seorang remaja menyambung pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula bulan depan musnah apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 22.8 Jalan Melaka-Muar di Kampung Sempang, Merlimau, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Mohamad Afez Hassan, 19, maut di tempat kejadian selepas motosikal Suzuki Shogun RR ditunggangnya bertembung sebuah van menyebabkan mangsa terjatuh dan parah di kepala.

Harian Metro difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke surau berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Subuh.


Bapa mangsa, Hassan Mohd, 50, berkata, anaknya baru menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor sejak beberapa bulan lalu dan mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke UMT selepas hari raya Aidilfitri ini.

Katanya, anak keduanya itu yang juga pasangan kembar kepada kakaknya Norhafiza, 19, sudah membuat persiapan menyambung pengajiannya dengan menyimpan semua pakaian dan keperluan sejak seminggu lalu.


“Bagaimanapun, takdir menentukan dia pergi buat selama-lamanya hari ini (semalam). Saya pun tak sangka perjalanan arwah ke surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah menjadi noktah terakhir dalam hidupnya.



“Patutlah arwah memberitahu emaknya dia beria-ia hendak berhenti kerja (sebagai pembantu kedai serbaneka 24 jam di Semabok) semalam (kelmarin). Kami tak tahu ia menjadi petanda arwah akan pergi selamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Hassan berkata, sejak pulang ke kampung sementara menunggu kemasukan ke UMT, Allahyarham sering ke surau menunaikan solat Subuh.



Perginya sebutir permata jiwa Islam...Al-Fatihah

Ya Rahman...
Rahmatilah permergian shbtku ini, redhailah roh shbtku ini...
Tempatkanlah shbtku ini bersama kekasih-kekasih-MU

Ameen


Firashatul Jannah

Ifthar with Hamdalah

Bismillah...(ikhlaskan)


I love You Allah, I miss You Rasul


Semalam mak invite kawan mak buka puasa dkt rumah...=)
Uncle.Muhammad nama dia, dia bwk family dia sekali... and they're from Nigeria..=)
Ptg semalam, mak pun bertungkus lumus la masak... Mak kata nak masak apa la ya, pening2 fikir nak masak apa huhu...mak2 =)


They're very good in taaruf and greetings and many more
Banyak benda sy belajar ketika mereka menjadi tetamu kami sekeluarga, kata mak, depa dulu pernah susah... Hmm...jadi mereka banyak belajar dari kesusahan..dan sy belajar dari kesenangan mereka setelah kesusahan mereka lalui... Muhammad kwn mak tu seorang Dr, he's a foreign lecturer in UPSI...


I love his daughter named Hamdalah...=) (cik bedah dah berangan nama anak :-P)  , mula2 mcm shy2 cat mcm tu, lepas tu ok... she loves fruit so much... she's just adorable..=)


Mak : Muhammad, I don't know what to cook, I ended up cooking our traditional Malaysian cuisine...
Muhammad : Aiwah.. it's ok...(laugh) we'll try our best... don't worry.. we'll eat it..
Mak : You must try all of it..
Muhammad : oh, ok2..don't worry, i'll try all of it..=)


Tak lama lepas tu... Dr.Muhammad pun ckp, I feel like I'm at home..=) Alhamdulillah..


He was planning of inviting us to his house and cook us some Nigerian food..huhu i.Allah


Si kecil bertudung purple tu la Hamdalah


Wallahua'llam


Firashatul Jannah




nota kaki : Luqman was planning of inviting Ibrahim and Yakubu..=)

He Lead The Way


Bismillah...(ikhlaskan)

Alhamdulillah...



Klik to read =)


Alhamdulillah


Firashatul Jannah


nota kaki : tak tahu bertanya, nanti sesat jalan =)

Projek tertangguh...

Bismillah...(ikhlaskan)


Hmm...


Projek sy hari Jumaat minggu lepas yg telah tertangguh...ye ke ter...???
Ke sengaja menangguhkan...




Tudung ry sy warna apa ya??
hmm... tu baru potong kain... bila nak jahit pun cik bedah tak tau...
ditambah 2 lagi baru ni hasil hasutan semaa'...adoi... 
kotak jahit magik sy tu duk mana pun tak tau... tanya mak, mak kata ada kut tu la...
al-hasil makin bertangguh-tangguh la kerja... huhuhu




Firashatul Jannah


nota kaki : ade sape2 yg nak tempah... terlebih sudah..hii
Bismillahirrahmanirrahim...


Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
4 Ogos 2011



Firashatul Jannah

Sabar

Bismillah...


Athirah....


Sy tahu awk rindu... Tapi sabar ye..


Sebab sabar itu indah...







Firashatul Jannah

Vitamin Rohani 1

Bismillahirrahmanirrahim…(ikhlaskan)
Ya Rabb, aku cinta pada-MU, Ya Rasul, aku rindu padamu

Kita makan supplement rohani skjp ye…J

‘Vitamin rohani’ semalam ustaz berckp tntang keindahan berpuasa
Tapi yg paling menarik hati sy bila ustaz ckp tntang relation  syariat & suburkan taqwa..how?
Syariat ibarat signboard, ala… signboard yg dkt tepi2 jalan tu, yg tunjukkan kita arah nak ke Tg.Malim ke, Perlis ke, KL ke, UPM ke..mana2 saja, mesti ada signboard penunjuk arah kan… itulah ibarat syariat… dlm syariat punya haram, halal, harus, sunat & etc…



Samala dlm hidup..kalau kita ikut syariat yg betul maka hidup kita pasti tak akan sia2, kalau sebaliknya wallahua’llam…Cuma yg membezakan kita sesama manusia dlm panduan syariat ialah hidayah Allah & taqwa… manusia semuanya punya taqwa, tapi kesuburan taqwa itu berbeza... kaitannya dgn puasa?
 Puasa itu madrasah imaniah, satu sesi persekolahan khusus yg Tuhan anugerahkan percuma yurannya untuk hamba2-Nya meningkatkan iman & sekali gus menyuburkan taqwa..hmm…beringatlah

Subur menghijau... Subhanallah
 Athirah…
Adakah kau seorang insan yg tulus taqwanya kepada Tuhanmu??


وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوا بِمَفَازَتِهِمْ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
"Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita." Az-Zumar: 61

وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَراً حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ 
خَزَنَتُهَا  سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ
"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) 
Az-Zumar: 73


Wallahua’llam


Firashatul Jannah


p/s: :-)
 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...