Hang syg ceq?



Salam.

Erm.. Pernah dengar x org ckp:
   “Syg tu x semestinya kena selalu ucap dibibir, melalui perbuatan juga menunjukkan org tu syg pd kita”

Bukan nak kata la kan..^^ Tapi sy tiba-tiba nak ulas statement di atas, bukan sbb tiba-tiba dilamun cinta pada tahap karma, cuma sekadar mengutarakan pandangan dari sudut pandang mata dan fikiran sy. 
No objection please.

Kalau nak ikutkan, sebenarya bukan semua orang mampu ucapkan ‘Sy syg awk’, ‘I love you’ bla bla yg sekutu dengannya, dan kadang-kadang berlaku pd kita jugak.. pernah kan? Dan x semestinya ucapan-ucapan semanis gula itu untuk mereka-mereka yg anda gelarkan kekasih hati saja (tangan dibahu, mata ke atas) ^^ Kadang-kadang, nak ucap untuk mak ke, ayah ke, adik-adik pun susah.. alahai.. (termasuklah sy) Ok.. bukan perkataan tu yg sy nak highlight atau bukan kpd siapa tu yg sy nak jadikan isu.. isunya adalah, x semua org merasakan apa yg kita buat tu boleh tunjukkan kasih sy kita, dan x semua org faham bhwa perbuatan dapat menunjukkan kasih sayang.. hmm. Faham dak? Hang x faham hang dok diam2 ^^

Sebabnya, bagi sy, org yang boleh tuturkan ucapan-ucapan itu kpd org-org yg dia syg, beerti dia benar-benar menyayangi org-org tu. Ada bantahan? Sbbnya, cuba fikir, susah x susah nak keluarkan ucapan-ucapan yg mcm tu kpd org? Melainkan org yg anda ucapkan itu benar-benar org yg anda syg.. kan? Hampa x dak la tiba-tiba nak pi ucap dkt org yg tiba-tiba lalu tepi hampa x tau pasai.. kan? Ke dak? Sy x tau la kalau hampa betui buat mcm tu.. ^^

In fact, org-org yg dok tunjuk kasih syg dia melalui perbuatan tu, sbb betapa susahnya la dia nak ucapkan perkataan-perkataan yg mcm tu.. betui dak? Cuba sekali dia ucap dkt hampa mcm tu, hampa rasa mcm mana agak2? Org yg x pernah-pernah dok sebut ucapan-ucapan yg mcm tu, tiba-tiba.. haa.. it shows that they really mean it by words..^^ Sebb lagi, bila hampa dok tunjuk dgn perbuatan, last2 skali kena habaq jugak.. “Aku buat ni sbb aku syg kat hang”.. laaaa…. Awat hang pi habaq.. kan hang dah buat dah melalui perbuatan hang nak tunjuk kasih syg..0_o See.. betapa berkuasanya sesebuah perkataan, apatah lagi perkataan-perkataan yg seperti itu..^^ Well, sy x kata melalui perbuatan tu x betui, sy habaq dah awai-awai tadi, mata sy pandang mcm tu, mata hampa ikut hampa la.. ok ^^

Selalu-selalu lah ucapkan kpd mereka yg anda syg ^^ Bukan apa, sekurang-kurangnya boleh buat senyuman seseorang terukir. Sungguh. Anda juga pasti tersenyum.

            Seorang Asma yg sedang hamil 7 bulan, berulang-alik menghantar makanan buat ayahandanya dan habibuna Rasul, tanda apa itu? ^^ 

For you,
I LOVE YOU FOR THE SAKE OF ALLAH <3

Aku tak akan berhenti,
Menemani dan menyayangimu,
Hingga matahari tak terbit lagi,
Bahkan bila aku mati,
Ku kan berdoa pada Ilahi,
Untuk satukan kami di Jannah nanti,


Firashatul Jannah. 

I've Leave Her For The Sake Of Allah!


Bismillahirrahmanirrahim.. ^^

Sayangku...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini...

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerana jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita, Allah
Tuhanku dan Tuhanmu
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Maafkan aku..
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu
Ku jemput dirimu pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu bunga yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi kumbang yang setia
“i’ve leave her for the sake of Allah”

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu dan untukku di pengakhiran nanti...

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya
Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.

Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar kamu tercipta untukku
tiada apa yang dapat menghalanginya
sebelum saat itu tiba ,
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu...




Road-To-Happiness


Firashatul Jannah


Sombongnye Kita.

Bismillahirrahmanirrahim (pilihlah aku untuk ikhlas)

I Love Allah, I Adore Rasul.

Kembali semula meneruskan, walaupun tidak banyak, asal saja masih ada dan tidak mati begitu saja..^^
Apa khabar? Saya masih baik-baik saja buat masa ini, biasalah, turun naik itu semestinya ada, bagaimana mengatasinya saja itu yang lebih utama =) dan seharusnya dalam pada kita melalui proses mengatasinya itu, harus serta wajib ada sokongan dan dokongan insan-insan yang sudi dekat.. bukan apa, agar bila kita jatuh, ada yang sudi hulurkan plaster buat rawat lukaan yang terbuka barangkali ^^ Iya.. enggak apa-apa lah.. Tuhan kan ada ^^ Tuhan itu tetap dan terus ada, tapi sejauh mana kebergantungan kita kepada Dia itu yang utama. Kalau gayanya seperti bayi yang baru lahir, menangis dahagakan susu ibunya, nah.. sudah pasti Dia juga akan ada bt kita sepertimana kita ada dalam memerlukan Dia.. Jangan sombong ye.. =)

Saya justeru teringat satu kisah yang dibawakan oleh salah seorang panel semasa sy menghadiri konvensyen pendakwah muda ipt asean baru-baru ini di USIM. Bagaimana kisah seorang anak remaja yang  masih belum faham ertinya takdir dalam konteks yang sebenar. Bukan salah dia. Kadang-kadang kita juga begitu. Kenapa sy bilang begitu? Fikir kembali, renung kembali. Kadang-kadang orang yang bergelumang dalam ladang serta kebunnya tarbiyyah dan dakwah juga turut terpalit dalam menyalahkan konsep takdir Tuhan, apatah lagi anak remaja seperti dia yg baru mula mengenal dunia Tuhan. Renung kembali.

Anak ini serta keluarganya di hamparkan ujian Tuhan, banjir besar, ibunya yang lumpuh, rumah sudah roboh, sekaligus kepahitan itu dirasai, lalu merpersoalkan atas alasan apa Tuhan memberikan takdir yang sedemikian? Kalau soalannya ditujukan buat sy pada masa itu, barangkali sy juga tidak bisa memberi jawapan yg sebetulnya, barangkali sy juga tidak mampu memberikan langsung jawapan apa pun buat dia..
Justeru, teman-teman, fikirkan semula.. Takdir, nikmat atau apa sahaja dari Dia Yg Maha Esa, tiada apa buat kita untuk kita pertikaikan, tinggal saja amalan kita buat dia serta sejauh mana kebergantungan kita pada Dia saja itu adalah persoalan utama yg besar untuk kita bahaskan. Kerana apa?

”Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” [65:3]
Dan mengapa sy mengatakan kebergantungan serta amalan kita yang perlu dibahasakan? Kerana

“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.”    [ 16:112 ]
“dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” [ 29:40]
Teman-teman, Allah sudah banyak memberi kepada kita, ada masa Dia beri lagi, ada masa Dia simpan dan diberikan kepada kita di kemudian hari dan waktu. Ada waktunya Allah berikan kepahitan dulu buat kita. Masing-masing punya habuannya.
“Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut (qadar) ukuran” [54:49]
Tapi teman-teman, kita selalu sombong pada Allah, Allah dah beri, terlalu banyak beri pada kita, tapi kita tidak hargai, bukan sekadar hargai, tapi kita tidak sedar dan nampak. Bila sekali Allah mencuit dengan rasa pedih yang sedikit, dgn kadar minimal 0.01%, pada Dia juga kita persalahkan. Kita jadi sombong pd Dia, kononnya dgn khidmat kita di dunia tidak adil Tuhan berbuat begitu pada kita. Sombongnya kita dengan Tuhan. Cukuplah teman-teman. Buangkanlah keegoan serta kesombongan kita. Bukan itu bekalan buat hari bertemu Ilahi, bukan itu pelaburan buat caruman rumah di Raudhah sana. Bosan barangkali membebel hal yang sama, ingatlah, yang sama inilah kadang-kadang buat kita lalai dan leka.


A'yun Sofia ^^


Tingkatkan kualiti amal.


Firashatul Jannah.


Road-to-happiness






 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...